Friday, December 24, 2010

Bahagian 1- Cinta Tak Ada Logiknya



Bahagian 1-



          “Aduh,sakitnya kaki aku!” Keluh Fara sambil mengurut kakinya yang sakit akibat terjatuh tadi. Siapa yang melanggarnya? Dia mendongak ke atas. Seorang lelaki yang segak berbaju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher berdiri berhampiran dengannya.
           “Cik,tak apa-apa?” Tanya lelaki tersebut sambil memegang bahu Fara.
           “Lepaslah! Anak dara orang nak pegang-pegang pula! Jalan tak guna mata macam tu lah jadinya,” Marah Fara yang bingkas bangun dan terus berlalu dari tempat tersebut.
           “Err..cik..!” Tidak habis tutur kata lelaki tersebut untuk memohon maaf atas kejadian yang tidak disengajakannya itu kerana Fara terus berlalu dengan berjalan terhenjut-henjut.
            Fara geram dengan lelaki tersebut kerana hampir-hampir menyebabkan dia terlambat datang untuk ditemuduga sebagai seorang setiausaha. Sudahlah pakaiannya kotor kerana terjatuh tadi. Hilang sudah semangatnya untuk bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawatan  tersebut.
             Kalau dia gagal dalam temuduga itu agak susahlah Fara untuk mencari lagi pekerjaan yang sebagai setiausaha di syarikat yang lain. Hal ini kerana jawatan sebagai setiausaha tidak banyak ditawarkan sekarang ini malah terpaksa berebut pula dengan berpuluh-puluh orang yang mahukan jawatan tersebut.
          Fara berharap sangat agar bulan jatuh ke ribanya. Itulah harapannya setelah berhempas pulas menuntut ilmu di Politeknik Sabak Bernam dalam jurusan kesetiausahaan selama tiga tahun. Memang itulah impiannya dan minatnya untuk bergelar seorang setiausaha suatu hari nanti.
          Sampai sahaja Fara di tempat temuduganya,kelihatan sudah ramai calon temuduga yang sedang menunggu di situ. Ada yang tengah sibuk mengisi borang pendaftaran,ada yang sedang asyik bersolek entah berapa inci tebalnya solekan gadis tersebut. Dah macam opera cina yang mahu membuat persembahan sebentar lagi.
          Fara duduk di sebelah gadis yang sedang bersolek itu tadi untuk mengisi borang pendaftaran yang masih belum diisinya. Tiba-tiba namanya dipanggil oleh seorang wanita yang mungkin ditugaskan  memangil peserta temuduga untuk masuk ke bilik temuduga.
          “Takkan aku yang pertama??” Terkocoh-kocoh Fara bangun sambil membawa borang yang belum diisi disepenuhnya itu. Seram pun ada,sejuk pun terasa. Kenapalah hari ni macam dah ditakdirkan malang untuknya.
           Fara mengetuk pintu.
           “Masuk,” arah suara yang datang dari dalam yang merupakan pengarah syarikat tersebut.
           Fara melangkah masuk dengan penuh yakin. Semoga sesi temuduganya berjalan dengan lancar. Itu yang diucpakan dalam hatinya.
          “Assalamualaikum tuan,” ucap Fara dengan penuh tata tertib.
          “Waalaikumussalam,” jawab pengarah tersebut lalu melipatkan surat khabar yang dibacanya tadi.
          Fara terkejut bukan kepalang apabila melihat pengarah dihadapannya ini adalah lelaki yang melanggarnya tadi. Barulah dia tahu dialah pengarah yang bernama Fiq Hazariq. Dia pernah terbaca di dalam majalah mahupun akhbar berkenaan usaha gigih Fiq Hazariq dalam menguruskan perniagaannya peninggalan arwah ayahnya dan sifat baik hatinya yang selalu membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan misalnya semasa tragedi banjir tahun lepas di Johor. Namun,tidak pernah pun gambar Fiq Hazariq terpapar dalam akhbar dan juga majalah. Mungkin Fiq Hazariq seorang yang merendah diri dan…baik??
         “Ahhh!!Tidakkk!!Dia sengaja melanggar aku. Dia ingat aku nak bagi dia laluan??” Jerit Fara dalam hati.  Terus rasa marah yang telah beransur hilang menghambat semula hatinya. Lelaki ini mesti diajar agar tidak lagi lupa mengucapkan maaf apabila telah membuat salah. Lagipun kalau Fara bercakap sopan-santun pun mesti dia tidak akan dapat jawatan ini kerana dia telah pun memaki hamun pengarah dihadapannya sebentar tadi.
          “Awak yang langgar saya tadi kan?Kan??” Fara bingkas bangun dari tempat duduknya. “Kaki saya ni sakit tahu tak? Awak dah lah langgar saya lepas tu tak reti-reti nak minta maaf,” kata Fara lagi.
          “Saya nak minta maaf tapi awak nak pergi cepat,” jawab Fiq Hazariq dengan tenang.
           Fara terdiam seketika sebelum menyambung semula kata-katanya. “Sekarang saya nak minta ganti rugi,” ujar Fara yang merasakan ini peluang yang terbaik untuk dia mengambil kesempatan kepada lelaki tersebut. Dia tersenyum puas. Tak sangka bernas juga ideanya!
          “Ganti rugi?” Berkerut dahi Fiq Hazariq. “Maksud awak apa?” Sambungnya lagi.
          “Ganti rugi atas sebab kesakitan yang menimpa saya ni. Saya tak minta duit tapi awak kena terima saya sebagai setiausaha awak,kalau tak………” ugut Fara dengan berani sekali. Dia lantang bersuara walaupun dia sendiri tahu dia sedang bercakap dengan seorang pengarah yang berpengaruh besar dan terkenal.
           “Kalau tak apa yang awak nak buat?” Tanya Fiq Hazariq.
           “Nanti saya nak buat cerita awak tu skandal saya yang tak bertanggungjawab. Apa peduli saya! Saya tak takut dengan awak walaupun awak tu orang ternama. Saya akan panggil wartawan,cerita dengan staf-staf awak,” Ugut Fara. Fiq Hazariq hanya tergelak kecil lantas menekan interkomnya.
           “Oo..awak nak halau saya ya??Errrr… nanti saya jerit kuat-kuat biar kecoh pejabat awak,bila orang tanya saya cakap dulu pernah jalinkan hubungan dengan saya dan sekarang awak mempermainkan hati saya!” Kata Fara cuba mengugutnya lagi. Fiq Hazariq langsung tidak menghiraukan kata-katanya.
           “Wafa,batalkan temuduga. Suruh calon-calon yang lain pulang,” arah Fiq Hazariq. Tatkala itu berubah wajah Fara apabila mendengar kata-kata Fiq Hazariq sebentar tadi. Betulkah apa yang didengar tadi? Atau Fiq Hazariq sudah tidak ada mood untuk menemuduga calon yang lain?
           “Esok mula berkerja. Ingat! Saya bagi tempoh seminggu untuk awak buktikan yang awak merupakan seorang setiausaha yang terbaik,” kata Fiq Hazariq member kepercayaan kepadanya untuk memegang jawatan tersebut. Fara tersenyum riang dan mengangguk kepalanya berkali-kali sebagai tanda dia faham dengan arahan Fiq Hazariq.
           “Saya Fiq Hazariq,” kata Fiq Hazariq lalu menghulurkan tangannya.
           “Saya tahu,kan ada nama di meja encik. Lagi satu saya minta maaf sangat-sangat sebab  mak saya tak bagi pegang-pegang ni. Saya Fara, Fara Arissa,” tutur Fara dan menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat kepada Fiq Hazariq.
           Dalam hati Fiq Hazariq kagum dengan sifat Fara yang begitu menjaga maruahnya berbanding wanita-wanita yang pernah ditemui walaupun mulut Fara bukan main berbisa sekali. Fiq Hazariq mengimbas semula peristiwa sebentar tadi, marah sungguh Fara apabila bahunya disentuh. Itu bukan niat Fiq Hazariq untuk sengaja mengambil kesempatan,sebenarnya dirinya begitu risau tentang keadaan Fara sewaktu itu.
         Bercerita tentang gadis ini lagi,adakalanya tingkah laku Fara agak kelam-kabut sedikit namun ianya mencuit hati Fiq Hazariq sebenarnya. Lucu juga perangai Fara yang kebudak-budakkan sedikit bagi pendapat Fiq Hazariq.
        “Err…encik??Encik…!” Sapa Fara yang sedari tadi pelik melihat Fiq Hazariq menopang dagu seolah-olah sedang termenung jauh.
        “Err..ya?” Jawab Fiq Hazariq yang baru sahaja tersedar daripada lamunannya. Dia meraup mukanya perlahan.
       “Tak ada apa-apa. Cuma nak tanya, encik ingatkan kekasih hati ke?” Kata Fara lalu ketawa terbahak-bahak. Tampak dua lesung pipitnya yang dalam di kedua-dua belah pipinya. Fara kelihatan comel bila ketawa!
       “Ada-ada sahaja awak ni,” jawab Fiq Hazariq yang berasa hairan melihat Fara yang selamba sahaja soalannya. Namun dia berasa senang dengan cara Fara yang tidak kekok berbual dengan orang yang baru sahaja dikenalinya. Fiq Hazariq juga bukanlah orang yang terlalu menjaga protokol asalkan pekerjanya ada rasa hormat padanya dan tidak pijak kepalanya sudah.
       ‘’Manalah tahu. Encik kan kacak,beruntung saya dapat jadi setiausaha bos yang kacak ni,” Fara ketawa lagi begitu juga Fiq Hazariq. Tiba-tiba dia terlihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul satu petang. ‘Encik,saya boleh tak pulang sekarang? Nanti mak saya risau pula saya tak balik-balik lagi,” kelam-kabut Fara bangun dari kerusi dan menggalas begnya.
       “Okey,okey.Baiklah.Jumpa esok.Ingat jangan lewat!” Pesan Fiq Hazariq lagi sebelum Fara melangkah ke luar dari biliknya.
       “Baik bos!” Fara memberi tabik hormat lalu segera berlalu daripada situ. Baru sahaja hendak melangkah setapak, secara tidak sengaja dia terlanggar kaki kerusi membuatkan Fara hampir-hampir tersungkur.
       Fiq Hazariq cuba menahan dirinya daripada ketawa namun gagal! Mendengar sahaja gelak tawa Fiq Hazariq, Fara cepat-cepat beredar dari tempat itu dengan perasaan malu yang teramat sangat.
       “Kau ugut bos kau tu Fara?” Tanya Emak Fara lagi yang agak kurang percaya dengan kata-kata yang keluar daripada bibir Fara.
       “Betul mak,Fara ugut dia. Fara kata, Fara nak buat kecoh dekat pejabat dia kalau dia tak bagi Fara kerja dekat tempat dia,” kata Fara lalu memeluk bahu emaknya sambil mereka menuju ke ruang dapur.
        “Tak baik buat macam tu. Biar kita dapat pekerjaan kerana usaha gigih kita sendiri,” nasihat emak lagi.
         “Emak…siapa suruh dia langgar Fara. Lepas tu sampai sekarang dia tak reti-reti minta maaf,” terang Fara kepada emaknya.
        “Emak rasakan,dia bukan takut dengan ugutan Fara tu. Mungkin dia bagi kau kerja sebab dia nak tebus semula kesalahan dia pada Fara,” fikir emaknya yang ada benarnya juga bagi Fara.
        “Mungkin juga,” Fara mengjongket bahunya.
        Awal-awal pagi, Fara sudah tiba di tempat kerjanya. Fiq Hazariq nampaknya masih belum tiba lagi. Mungkin dia sampai lewat. Fara duduk di meja yang disediakan khas untuknya. Lengkap dengan sebuah komputer di atasnya,beberapa fail yang disusun dan lain-lain. Fara tersenyum puas kerana akhirnya dia dapat juga mencapai cita-citanya dan dia berazam untuk berkerja dengan bersungguh-sungguh agar disuatu hari nanti dia berpeluang memegang jawatan yang lebih tinggi lagi. Fara tersenyum lalu menongkat dagunya…
      “Selamat pagi Cik Fara,” ucap Amy yang merupakan setiausahanya ketika Fara melangkah masuk ke dalam pejabat. Mata Amy sedikit pun tidak berkelip memandangnya yang sungguh bergaya sekali pagi ini. Memakai blaus berwarna merah terang dengan mini kot membuatkan keayuan Fara bertambah menyerlah.Kasut tumit tinggi yang dipakai seolah-olah menampilkankan diirinya persis seorang model yang sedang memperagakan fesyen terbaru di atas pentas.
    “Kopi,please…,” kata Amy kepadanya.
  “Kopi???” Merah padam muka Fara apabila setiausahanya meminta secawan kopi darinya. Bukankah Amy yang sepatutnya membuatkan secawan kopi kepadanya??? Diakan ketua syarikat tersebut??Bukan Amy!!
   “Kopi,please!” Ulang Fiq Hazariq lagi. Dia mengetuk meja Fara. Fara termangu seketika ketika memandang Fiq Hazariq yang berada didepannya.

      “Err..kopi??” Tanya Fara semula. Dia bingung seketika memikirkan apa yang dah berlaku sebentar tadi. Kenapa Fiq Hazariq yang muncul bukan Amy??
      “Amy?Siapa Amy?” Dia bertanya dalam hati. Fikir punya fikir akhirnya dia mengerti dia hanya berangan tadi. Wajah Fara tiba-tiba berubah merah padam. Malu!!
     “Ya,kopi..buatkan untuk saya.” Kata Fiq Hazariq  dengan nada yang serius lalu terus masuk ke biliknya tanpa menanti jawapan daripada setiausahanya itu.
    “Alamak….matilah aku. Mula-mula kerja saja dah aku buat hal,,” bebel Fara sendirian sewaktu melangkah menuju ke bilik pantri. Tidak lama kemudian, Fara menatang dulang berisi secawan kopi panas dan gula untuk di bawa ke bilik bosnya.
    “Masuk…” kata Fiq Hazariq sewaktu mendengar ketukan pintu. Fiq Hazariq melihat dulang yang diletakkan oleh Fara di atas mejanya.
    “Biasanya, saya akan suruh setiausaha saya letakkan gula untuk kopi saya,” ujar Fiq Hazariq padanya.
    “ Err…. Encik Hazariq nak berapa sudu?” Tanya Fara sedikit gugup kerana baru sebentar tadi dia telah membuat kesilapan.
    “Oh,saya minum kopi tak pakai sudu,” kata Fiq Hazariq sengaja mahu mengusik Fara.
    “Maksud saya nak berapa sudu gula?” Jelas Fara. Dalam hati nak sahaja dia bagi penampar mengada-ngada sungguh!!
    “Dua,” jawab Fiq Hazariq pendek. Fiq Hazariq suka benar mengenakan Fara yang cepat kelam-kabut jika dia telah melakukan kesilapan. Fara akur dengan kata-kata Fiq Hazariq. Dibubuhnya dua sudu dan dikacau perlahan-lahan.
    “Selalunya saya akan suruh setiausaha rasa dulu kopi yang dibuatnya. Manalah tahukan takut-takut awak bubuh racun. Jadi,awak rasa dulu,” arah Fiq Hazariq lagi.
    “Eh..suka-suki saja nak suruh aku rasa. Ingat aku ni nak bunuh dia ke?” rungut Fara dalam hati namun dia terpaksa buat seperti yang telah diarahkan. Dia minum sedikit kopi tersebut. Fiq Hazariq ketawa perlahan.
   “Rasa apa ni???!!!!” Terbutang mata Fara ketika meminum kopi tersebut. Tersembur kopi yang diminumnya tadi kerana rasa masin. Habis baju…………………………???
    Habis baju Fiq Hazariq terkena percikan kopi yang dihemburnya tadi. Fiq Hazariq yang ketawa daripada tadi tiba-tiba terhenti apabila melihat bajunya kini sudah kotor. Itulah padahnya kalau suka mengenakan orang. Kan tuhan dah balas percuma sahaja…..
     “Encik Hazariq…sorry, emm..saya minta maaf..” kata Fara kepada Fiq Hazariq. Fiq Hazariq langsung tidak memandang wajahnya, dia terus berlalu keluar. Muka Fara rasa pucat. Dia tahu dia telah membuat dua kesalahan. Pertama,nyaris memberi ketuanya air kopi garam dan yang kedua sudah mengotorkan bajunya.
     Fara berlalu keluar dan duduk di tempatnya semula. Fara menekup mukanya dengan tangan,dia mahu menangis tapi dia cuba menahannya. Bimbang kalau-kalau pekerja lain memandangnya. Namun setitik dua titik air matanya menitis juga.
   “ Awak menangis?” Fara memandang suara yang menegurnya itu.
  “ Takkan baru sehari kerja dah putus asa?” Sindir Fiq Hazariq masih lagi mahu menyakatnya.
  “ Tak,tak adalah mata saya masuk semut,” kata Fara. Semut?? Ah,biarlah janji jangan bagi alasan masuk habuk tu dah lapuk punya alasan.
   “Eh,takkanlah semut suka garam,” Fiq Hazariq mengenakannya lagi. Fara cepat-cepat memandang bawah. Rasa tebal telinganya mendengar Fiq Hazariq memerlinya.
   “Tak mengapa,saya maafkan awak kali ni,” kata Fiq Hazariq membuatkan Fara gembira. “Tapi…awak dikenakan hukuman selama seminggu untuk siapkan semua laporan setiausaha saya yang dulu. Banyak tu…”  kata Fiq Hazariq lagi.
    “Saya faham Encik Hazariq,” angguk Fara perlahan.
    “Eh,belum habis lagi awak dah kata faham sebab tulah awak banyak buat silap tadi,” perli Fiq Hazariq lagi. “Awak boleh balik pada jam sepuluh malam,” ujar Fiq Hazariq.
     “Sepuluh malam??” Tanya Fara dengan nada perlahan namun Fiq Hazariq dapat mendengarnya.
     “Kenapa? Ada masalah?” Fara menggeleng laju.
     “Mula daripada hari ini,” kata Fiq Hazari dan setelah itu dia menghilang diri.
      Sudah empat hari Fara didenda Fiq Hazariq untuk menyiapkan laporan-laporan yang belum selesai itu. Ada tujuh fail yang masih lagi belum siap. Walaupun penat, Fara tetap gigih mahu menyiapkan laporan-laporan tersebut. Dia tidak mahu kehilangan pekerjaan yang baru sahaja diperolehi. Biarlah penat sekalipun asalkan dapat memuaskan hati Fiq Hazariq,ketuanya itu.
    Linda,rakan sekerja yang baru sahaja dikenalinya itu ada memberitahu sedikit-sebanyak perihal Fiq Hazariq. Linda memberitahunya bahawa Fiq Hazariq seorang yang tidak banyak kerenah,merendah diri dan rajin berkerja. Di musim perayaan tak kiralah Hari Raya Puasa ke, Hari Deepavali ataupun Tahun Baru China, Fiq Hazariq pasti akan memberikan hadiah kepada para pekerjanya.
    “Aku penatlah buat laporan semua ni,Lin..” keluh Fara pada temannya Linda.
    “Kau nak tahu pasal setiausaha bos kita yang dulu?” Tanya Linda tiba-tiba.
    “Kenapa?” Tanya Fara terpinga-pinga kerana tiba-tiba sahaja Linda mencetuskan cerita tentang setiausaha Fiq Hazariq yang dulu.


-Bersambung.....-

1 comment:

Lyaa Suriany said...

best nya citeeee. xsbr ni

Kita geng!!