Sunday, November 14, 2010

Eksperimental Cintamu~~




        “Ini lah rumah baru kita, sayang rasa selesa tak?” Tanya Harraz Idham kepada Nabila. Berkerut dahi Nabila apabila ditanya soalan sebegitu.
        “Mamat ni tak betul ke apa? Orang gila saja cakap tak suka dengan rumah yang besar ni,” omel Nabila di dalam hati.
        “Besar sangat! Macam seram je tengok rumah ni. Mesti banyak hantu,” jawab Nabila sedemikian kerana tidak mahu memuji kecantikkan rumah yang baru sahaja dibeli oleh Harraz Idham agar mereka dapat tinggal bersama-sama di situ agar Harraz Idham sakit hati lagi dengan kata-katanya.
        “Aha,tepat sekali! Rumah ni banyak hantu jantan.Kalau hantu jantan tentu dia tak nak ganggu abang dan semestinya dia nak ganggu sayang,” jawab Harraz Idham pula mahu menyakat isterinya yang sejak mula kahwin masih tidak mahu berbaik-baik dengannya.
        Walaupun mereka disatukan atas kemahuan keluarga mereka namun Harraz Idham mahu belajar menyayangi dan mencintai isteri yang baru dinikahinya itu dua minggu yang lepas. Dia rasa bersyukur kerana tuhan memanjangkan usianya untuk mengecap rasa nikmat berumah tangga. Biarlah siapa pun isterinya dia tetap menerimanya dengan seadanya. Baginya bukankah jodoh sudah lama ditentukan tuhan. Setiap manusia mempunyai pasangan masing-masing.
        “Hantu tu ah pon….! Mana dia nak dengan saya. Tentulah dia minat dengan awak!” Bidas Nabila tidak mahu menyerah kalah.Biar dia sakit hati! Itu impiannya! Rasa geram dengan emak dan abah yang telah memaksa dia berkahwin walhal umur baru sahaja menjangkau lapan belas tahun. Kalau dengan Alias tak mengapalah juga , ini dengan lelaki yang hampir-hampir jadi bujang terlajak.
         “Malas layan idea mengarut sayang tu. Apa kata sayang angkat beg sayang tu bawa masuk bilik kita,” kata Harraz Idham yang mengambil keputusan untuk mengalah. Kalau dilayan lagi pasti boleh jadi perang mulut antara mereka nanti.
         “Saya nak bilik lain,” Kata Nabila dengan tegas lalu menaiki tangga menuju ke tingkat atas.
         “Pintu bilik lain semua berkunci. Kuncinya dekat abang hanya bilik kita je yang tak berkunci,” laung Harraz Idham dan serta-merta kedengaran pintu bilik mereka dihempas dengan kuat. Harraz hanya ketawa kecil .
          Malam itu selesai makan malam, Nabila bercadang untuk terus masuk tidur sahaja. Rasa penat yang belum hilang sejak siang tadi kerana menolong Harras Idham mengangkat barang-barang dan mengemas rumah membuatkan minatnya terbantut untuk menonton televisyen. Harraz Idham pula tidak nampak penatnya kerana selesai sahaja makan terus dia menuju ke bilik bacaan mahu menyelesaikan tugas pejabatnya pula.
         “Haish…..kalau mamat tu sawan malam ni macam mana?Kalau kat rumah mak aku bolehlah aku warning dye nk jerit kalau dia buat sesuatu dekat aku tapi kalau dalam rumah ni?Matilah aku..” bebel Nabila di dalam bilik tidur mereka.Ke hulu ke hilir tak henti-henti mencari idea.
Nabila terpandang buku-buku kuliahnya yang cantik tersusun dalam rak buku di hujung penjuru bilik lantas jarinya dipetik!
          Dia menyusun semua buku-buku rujukannya itu di atas katil dibahagian tengahnya biar menjadi pembahagi antara tempat tidur dia dengan Harraz Idham. Kalau tidak tak pasal-pasal malam nanti dengan rasa suka hatinya Harraz Idham memeluk pinggangnya seperti selalu. Rimas! Kalau dulu hanya letak bantal golek tapi mesti Harraz Idham pantas mengalihkannya. Kali ini kalau diletak buku-buku yang banyak bertimbun macam tu mesti dia malas nak mengalihkannya sebab satu buku tu pun dah setebal kamus dewan! Fikir Nabila lalu membaringkan tubuhnya dalam rasa yang riang sekali. Siap lengkap berpakaian seluar jeans dan t-shir lengan panjang lagi!
          “Untuk keselamatan!”Jawab Nabila pada dirinya sendiri lantas menyelubung dirinya dalam selimut tebal sebelum melelapkan mata.
           Satu jam kemudian Harraz Idham masuk ke bilik tidur mereka setelah melihat kelibat Nabila tiada di ruang tamu kerana kebiasaan di rumah emak mertuanya, Nabila pasti menonton televisyen sehingga lewat malam. Dia memandang tubuh Nabila yang telah berbungkus dengan selimut dan………buku-buku yang sengaja disusun ditengah-tengah membuatkan Harraz Idham tepuk dahi seketika.
          “La…tidur rupanya.Aisey….terbantut lagilah pelan aku,” jawab Harraz Idham di dalam hati lalu dialihkan juga buku-buku tersebut. “Oo…ingat aku tak nak alihkanlah buku-buku dia yang berat ni,” kata Harraz Idham separuh berbisik. Setelah itu, merebahkan badannya di sisi Nabila lantas pinggang isterinya dirangkul seperti selalu.
            Pukul tiga pagi pasti Nabila akan terjaga seperti selalu.Sejak daripada kecil lagi sudah begitu. Kalau masa belum kahwin sudah pasti adiknya yang menjadi mangsa menemani Nabila sehinggalah dia dapat lelap semula. Kalau sekarang ni takkan nak kejutkan suaminya nanti jadi lain pula…………baik tak payah!
            “Ishh!!Tangan dia ni tak boleh duduk diam ke?Nak melingkar saja,” gerutu Nabila meleraikan pelukan suaminya itu dengan kasar lalu dia bingkas bangun mengambil bantal mahu tidur sahaja di ruang tamu. Sebenarnya rasa takut dalam hati menggunung-gunung mahu tidur seorang diri di ruang tamu lebih-lebih lagi rumah tersebut masih asing lagi bagi dirinya.
             Namun digagahkan juga kerana bencinya pada Harraz Idham. Rasa benci yang teramat sangat kerana Harraz Idham bersetuju dengan permintaan ibu bapa mereka walaupun Nabila cuba menghalang Harraz Idham daripada berbuat begitu. Alasan Harraz Idham tidak mahu melukakan hati kedua orang tua mereka. Walhal bagi Nabila,Harraz Idham sudah terdesak mahu berkahwin segera kerana takut digelar bujang lapuk!
            Pagi itu, Harraz Idham terjaga daripada tidurnya ketika azan subuh sedang berkumandang. Harraz Idham melihat Nabila tiada di sebelahnya. Sah! Isterinya itu pasti tidur di ruang tamu! Dia bangun dengan niat mahu mengejutkan isterinya untuk menunaikan solat subuh bersama-sama.
            Sedih melihat isterinya itu tidur tanpa berselimut pasti Nabila menahan kesejukkan sejak malam tadi tapi kelakarnya bagi Harraz Idham sebab Nabila sanggup tidur dengan memakai seluar jeans kerana alasan untuk menjaga keselamatan diri. Banyak betul taktik tak masuk akalnya itu!
           “Sayang,bangun..solat subuh sama-sama,” Harraz Idham menyentuh bahu isterinya itu dengan lembut. Nabila yang tersedar daripada lenanya pantas meraba-raba badannya takut jika dirinya telah diapa-apakan Harraz Idham.
           “Dah nak masuk tiga minggu pun masih tak percaya dekat abang ke?” Harraz Idham ketawa kuat. Nabila menjeling tajam.
           “Mana tahu kalau sawan awak tu dah datang!” Jawab Nabila bingkas bangun.
           “Sayanglah datang sawan.Pakai seluar jeans nak tidur,” perli Harraz Idham membuatkan Nabila rasa bengang.
           “Ada masalah?” Tanya Nabila tidak puas hati.
           “Ada masalah, sebab kan…susahnya nak buka!” Usik Harraz Idham tidak putus-putus.
           “Miang!” Itu sahaja jawapan yang mampu diberikan Nabila kerana tewas lawan bicara dengan suaminya itu.
           “Miang dengan isteri apa salahnya,” usik Harraz Idham lagi namun Nabila menutup kedua-dua lubang telinganya dengan jari telunjuk lalu berlalu dari situ.
            Petang itu seperti biasa setelah tamat kuliah,Nabila akan dijemput Harraz Idham untuk pulang ke rumah. Namun hati Harraz Idham sedikit terguris apabila melihat Nabila duduk berdua-duan dengan kekasihnya.Tidakkah dia tahu hukum-hakam dan batas-batas seorang perempuan setelah bergelar isteri kepada suaminya?
           “Kenapa nak rapat lagi dengan dia?Awak tu kan isteri saya,” tanya Harraz Idham apabila Nabila telah memasuki keretanya.
           “Kenapa tak boleh?Dia kekasih saya!Awak tu suami saya hanya atas kertas sahaja!” Bengang Nabila kerana merasakan Harraz Idham cuba mengawal dirinya.Pintu kereta tersebut ditutup dengan kasar bagai nak tercabut pintu kereta tersebut.
           “Walau atas kertas pun awak tu tetap isteri saya yang sah. Awak tahukan batas awak setelah menjadi isteri orang?” Ujar Harraz Idham lagi masih lembut nada tuturnya.
           “Hello…..saya tak perlukan ceramah agama percuma daripada awak okey!! Macamlah awak tu baik sangat. Awak tu memusnahkan,menghancurkan,meruntuhkan kebahagiaan saya! Awak ingat saya akan jatuh cinta dengan awak sebab awak kaya dan ada segala-galanya?Jangan harap! Satu lagi sampai bila-bila pun saya tak akan maafkan awak hingga hari kiamat datang sekalipun!” Kata Nabila pula separuh menjerit. Harraz Idham hanya diam sahaja lalu enjin kereta dihidupkan semula.
            Sampai sahaja di rumah, Nabila terus menuju ke tingkat atas tanpa menunggu Harraz Idham keluar daripada keretanya. Pintu bilik dikunci daripada dalam.Biarkan Harraz Idham tidak dapat masuk ke dalam bilik mereka. Rasa geram dan menyampah untuk berhadapan dengan suaminya itu. Sesuka hati mahu mengongkong hidupnya. Nasib baik esoknya tiada kuliah jadi bolehlah tidak berjumpa Harraz Idham satu hari. Baru hatinya dapat tenang. Biarkan Harraz Idham tidur dimana-mana yang dia mahu lagipun bukankah dia ada kunci bilik yang lain.
           “Sayang..turun makan.Abang ada beli nasi goring ni,” ajak Harraz Idham untuk makan bersama-sama namun tiada satu pun jawapan daripada Nabila.Dia tahu sudah tentu Nabila marah padanya tentang kejadian petang tadi walaupun sebenarnya kesalahan itu bukan sepatutnya pada bahunya tetapi pada Nabila.Namun kerana tidak mahu memperbesarkan hal tersebut dia mengalah juga.Asalkan Nabila tidak mengurung dirinya dalam bilik tersebut.
           “Sayang..abang minta maaf okey?” Harraz cuba memujuk isterinya dengan meminta maaf. Namun Nabila tetap membatukan diri di atas katil.Hatinya terlalu keras untuk dicairkan dengan kata-kata maaf daripada suaminya itu. Perasaan marah masih lagi membara dalam hatinya itu. Biar Harraz Idham rasa!Dia tak kenal lagi siapa sebenarnya Nabila Arisya!
           “Tak apalah kalau sayang marahkan abang lagi tapi janji dengan abang nanti turun makan. Abang risau kalau sayang tak makan,” kata Harraz Idham lalu pergi dari tempat tersebut.
           “Risau konon! Ingat aku nak cair dengan ayat dia tu??Blahlah!” Kata Nabila dalam hati lalu mencapai telefon bimbitnya dan terus didail nombor Alias. Beberapa kali dicuba namun taliannya terpaksa menunggu.
           “Bergayut dengan siapalah tu!” Bertambah lagi marah Nabila apabila gagal menelefon Alias. Esok sudah tentu dirinya akan menyoal siasat kekasihnya itu dengan siapa dia berbual.
Keesokkan harinya,pukul sebelas pagi barulah Nabila keluar daripada bilik tidurnya itu setelah pasti Harraz Idham tidak ada di rumah. Baru sahaja hendak melangkah,Nabila memandang pada kakinya.
           “Bunga?” Tanya Nabila perlahan kerana hairan melihat bunga ros putih diletakkan pada luar pintu bilik tidurnya. Namun dia sudah mengagak siapa pemberinya. Diambilnya jambangan bunga tersebut dan di dalamnya terselit sekeping kad kecil yang tertulis: Daripada suamimu.

Selamat pagi sayang,
Abang minta maaf pasal petang semalam.Baiklah,mulai hari ini abang tak nak ganggu apa
yang saya buat Cuma jagalah nama abang baik-baik sebagai suami sayang.
Lagi satu malam ni janganlah kunci pintu bilik lagi, abang rindu nak tengok rambut sayang
yang cantik tu.

         “Oo..rindu nak tengok rambut aku cantik..jagalah kau!Kejap lagi tahulah apa aku nak buat.Biar kau tak rindu nak tengok rambut aku lagi! Rambut aku ni bukan untuk tatapan kau tapi untuk Alias!!” Jawab Nabila dalam hati. Cepat-cepat dia menuruni anak tangga untuk mengambil gunting yang tersimpan dalam laci di dapur.Bunga ros tersebut dicampakkan sahaja ke dalam tong sampah.
         “Sayang! Kenapa gunting rambut sampai pendek macam tu?” Terkejut Harraz Idham melihat Nabila yang tiba-tiba sahaja rambutnya dipotong pendek. “ Abang suka rambut sayang panjang,” katanya lagi.
         “Suka hatilah nak potong ke tak nak potong. Tak ingat apa yang awak tulis dalam kad tu?” Tanya Nabila padanya.
         “Okey,okey tapi tolonglah sayang lepas ni jangan potong pendek lagi. Nama Nabila tak sesuai tau rambut pendek.kena rambut panjang baru ayu macam namanya,” puji Harraz Idham membuatkan tekak Nabila rasa nak loya.
         “Uwekkkk..nak loya tekak ni.Tak payahlah puji-puji saya meluat dengar,” kata Nabila sedikit sebanyak Harraz Idham berkecil hati. “Apa pandang-pandang lagi?Dahlah bau hapak sebatu boleh bau,” kata Nabila lagi mahu menyakitkan hati Harraz Idham di petang itu. Dia bangun mahu berlalu namun Harraz Idham sempat bersuara.
          “Tolong masakkan untuk abang.Abang laparlah sayang,” kata Harraz Idham cuba menyembunyikan perasaannya yang agak terluka dengan kata-kata Nabila tadi.
            Nabila memusing badannya ke belakang menghadap Harraz Idham. “Dah tua-tua pun tak reti masak?? Kalau kahwin sebab nak suruh bini jadi tukang masak,baik tak payah kahwin!” Herdik Nabila begitu kurang ajar sekali kata-kata yang dilontarkannya kepada Harraz Idham.
            Cepat-cepat Harraz Idham beristighfar panjang di dalam hati cuba menenangkan dirinya yang benar-benar makin terluka.
           Nabila menghilangkan diri entah ke mana selepas itu dan Harraz Idham menjengah ke dapur mencari-cari apa-apa bahan yang boleh dimasak malam itu.Perutnya benar-benar lapar sekali.Baru mahu berbaik-baik dengan isterinya namun hati Nabila masih lagi marah padanya.
           Masuk sahaja ke ruang dapur,Harraz Idham terpandang jambangan bunga yang penat-penat dibelinya pada malam itu, dibuang sahaja Nabila ke dalam tong sampah. Semakin terguris perasaan Harraz Idham hinggakan dia merasa berputus asa untuk meneruskan lagi perkahwinan yang baru saja dikecapi tidak pun sampai lima bulan usia perkahwinan mereka.
          Namun,dia masih lagi cuba bertahan menunggu hati Nabila berubah. Dia tahu Nabila masih belum matang untuk menghadapi alam perkahwinan ini. Dia berjanji dalam hati akan cuba mendidik Nabila menjadi isteri yang solehah.
          Esoknya seperti biasa Harraz Idham datang menjemput Nabila di kolejnya. Harraz melihat Nabila duduk di perhentian bas di luar kolej seperti biasa dengan kekasihnya itu. Waktu itu,hujan turun dengan lebatnya membuatkan tiada orang awam berlegar di kawasan tersebut melainkan Nabila dengan Alias sahaja.
          Daripada cermin tingkap,Harraz Idham perasan Alias cuba menciumi pipi Nabila. Pantas Harraz Idham keluar daripada keretanya walaupun hujan turun begitu lebat. Hatinya panas membara melihat lelaki cuba menyentuh isterinya sedangkan dia tidak pernah diberi peluang berbuat begitu.
          “Hei! Kau tak tahu ke perempuan ni bini aku?Berani kau buat tak senonoh dengan dia.” Tinggi suara Harraz Idham hinggakan Alias tidak sempat berbuat seperti yang diharap-harapkan selama ini. Muka Nabila pula pucat lesi nampaknya kerana Harraz Idham nampak apa yang cuba dilakukan oleh Alias sebentar tadi.
            “Apa kau kisah?Dia kekasih aku.Lagipun dia ni tak sukakan kau!Kau yang rampas dia daripada aku!” Alias juga meninggikan suaranya walaupun dia tahu Harraz Idham lebih tua usianya daripadanya.
            “Dia bini aku.Aku tak pernah pun sentuh dia,” jawab Harraz Idham lagi. Nabila hanya diam sahaja kerana tahu apa yang mereka lakukan tadi adalah salah. Pasti Harraz Idham akan memberitahu kedua-dua ibu bapanya.Jika itu terjadi pasti mati dikerjakan ayahnya yang sememangnya garang itu.
             “Peduli apa aku. Dia tak bagi kau sentuh dia sebab kau tu dah tua.Apa kuat sangatlah tenaga kau tu nak layan dia,” kata Alias membuatkan api jantan Harraz Idham semakin mahu meletus namun cuba dia bertahan kerana tidak mahu mencari pasal dengan budak hingusan seperti Alias.
              Pantas tangan Nabila ditariknya dengan kasar. “Jom balik!” Arah Harraz Idham kepada Nabila yang daripada tadi hanya diam membisu sahaja.
              Namun belum sempat Harraz Idham berlalu satu tumbukan singgah dibibirnya. Terjatuh tubuh Harraz Idham akibat tumbukan yang begitu kuat daripada Alias.Nabila terkejut kerana Alias sanggup bebruat demikian.Namun pada siapakah harus disebelahinya?kekasihnya kah?Atau pada suaminya yang tiba-tiba timbul rasa simpati dibelasah oleh teman lelakinya.
             Tidak cukup dengan itu,perut Harraz Idham sengaja dipijak Alias kemudian disepak-sepak semahu-mahunya bagaikan dirinya dirasuki syaitan. Nabila yang melihatnya menangis semahu-mahunya melihat Harraz Idham diperlakukan sebegitu.
            “Rasakan! Baru puas hati aku selama ini!” Kata Alias yang merasakan dendamnya kini terbalas. Harraz Idham tidak mahu membalas kerana kalau ikutkan tenaganya yang jauh lebih kuat daripada budak hingusan tersebut sudah pasti dikerjakan Alias sehingga budak itu masuk ICU. Bibirnya yang lebam itu tidaklah sakit mana daripada melihat isterinya yang sedikit pun tidak merasa kasihan melihatnya diperlakukan begitu. Mungkin Nabila rasa gembira dan hatinya bersorak melihat Harraz Idham dibelasah teruk begitu.
             Harraz Idham bingkas bangun. Alias pula tiba-tiba kecut perut kerana merasakan Harraz Idham mahu memukulnya namun andaiannya itu meleset sama sekali.
            “Nabila,kalau kau agungkan sangat kekasih kau selama ni kau silap! Lelaki macam ni kau nak jadikan suami?Silap-silap kau pun dibelasahnya!” Kata Harraz Idham dengan kasar sekali sebelum berlalu meninggalkan Nabila dan Alias.
             “Kenapa kau belasah dia?” Tanya Nabila dengan marah.
             “Ada masalah ke sayang?Dia yang cari pasal. Tak bangga ke dengan pakwe you ni yang dapat ajar dia cukup-cukup?” Kata Alias dengan nada bangga dapat menjatuhkan air muka Harraz Idham tadi. Kalau ada orang yang tengok tadi mesti Harraz Idham rasa malu kerana dibelasah dengan lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.
             “Aku tak pernah minta kau buat macam tu pada dia.Kasihan Harraz,” kata Nabila lagi.
            “Aik..you sokong dia nampak..janganlah macam tu sayang. Sudahlah, suami you dah balik. Tadi tergendala urusan I nak cium you,” pujuk Alias lalu menarik tangan Nabila.
            “lepaslah! Aku benci orang macam kau.Pentingkan diri,tak berperikemanusiaan langsung!” Jawab Nabila sambil merentap tangannya daripada cuba dipegang Alias. Dia segera berlari sekuat-kuatnta dalam hujan yang lebat. Telinganya buat-buat tak dengar Alias menjerit memanggil namanya. Biarlah hujan,biarlah jauh rumahnya sekalipun dia tetap terus berlari untuk pulang ke rumah kerana hatinya terpagut rasa bimbang tentang keadaan suaminya.
            Sampai di rumah keadaan diri Nabila basah kuyup,dia cuba menahan diri yang sedang kesejukkan itu. Kelihatan Harraz Idham di ruang tamu sedah menyapu ubat dibibirnya yang lebam sedikit itu. Nabila segera menghampiri Harraz Idham.
           “Awak okey?Biar saya tolong,” jawab Nabila yang mahu mengambil kapas daripada tangan Harraz Idham tapi Harraz Idham terus bangun masuk ke dalam bilik. Pintu biliknya sengaja dihempas dengan begitu kuat biar Nabila tahu dia sedang marah yang amat sangat. Nabila tahu Harraz Idham kini sudah membenci dirinya. Dia tahu dia telah membuat satu kesilapan besar dan dosa besar pada suaminya. Malam itu, Nabila pula terpaksa tidur di luar namun dia tidak kisah asalkan Harraz Idham mahu memaafkan kesalahannya.
              Tepat pukul tujuh pagi Nabila terjaga daripada tidurnya. Dia bangun mahu menyediakan sarapan untuk Harraz Idham.Dia mahu Harraz Idham berbaik-baik semula dengannya. Namun apabila Nabila melihat ke dalam bilik tidur mereka, Harraz Idham sudah tiada lagi. Keretanya juga sudah tiada.
             “Menyampahkah dia dengan aku?” Tanya Nabila dalam hati. Dia hairan pagi-pagi lagi Harraz Idham sudah tiada sedangkan dia sudah maklum hari ni Harraz Idham tidak berkerja. Pada sebelah malam pula Nabila menyediakan makan malam untuk mereka berdua makan bersama.Panggilan yang bordering sejak tadi tidak mahu diangkat kerana Alias yang menghubunginya. Dia mahu menjauhkan diri daripada Alias mulai hari ini kerana sejak petang itu dia mulai sedar yang Alias bukanlah lelaki baik seperti yang disangka selama ini.
              Jam hampir menunjukkan pukul dua belas malam namun Harraz Idham tidak pulang-pulang juga hinggan Nabila terlena di meja makan. Esoknya Nabila sedar Harraz Idham pulang ke rumah pada malam itu cuma dia tidak tahu pukul berapa kerana baju kotor Harraz Idham ada di dalam bakul tersebut. Hampir sebulan Harraz Idham bersikap menjauhkan diri daripada Nabila. Keluar awal pagi pulang lewat malam,tidak sedikitpun Nabila melihat kehadirannya di rumah itu. Lama-lama begitu membuatkan Nabila rindu pada suaminya. Selalu Nabila melihat album perkahwinan mereka yang selama ini dia sengaja menyorokkan di bawah katil.
             Hati Nabila terlalu sedih mengenangkan apa yang telah dilakukan oleh Harraz Idham namun dia tahu semua salahnya. Dia berterima kasih pada Harraz Idham kerana hal ini tidak pun diketahuinya olehnya kerana tempoh hari emaknya ada menelefon menanyakan khabar.Dia terpaksa berbohong yang Harraz Idham keluar berjumpa dengan kawan sedangkan dia tidak tahu Harraz Idham hilang entah ke mana.
            Lewat petang itu, Nabila tidak menyangka Harraz Idham akan pulang ke rumah awal daripada yang sebelumnya. Seperti biasa Nabila sudah pun menyiapkan makan malam untuknya. Keadaan Harraz Idham selamba sahaja, berjalan menuju ke tingkat atas sambil bersiul-siul seolah-olah tiada apa pun yang berlaku. Hati Nabila rasa terguris sedikit kerana kewujudannya di situ tidak dihiraukan suaminya.
            "Abang,makanlah lepas ni. Sayang dah sediakan makan malam untuk abang,” kata Nabila tiba-tiba telah menukar panggilan kata ganti dirinya dan juga kepada Harraz Idham. Namun Harraz Idham buat-buat tak dengar seperti biasa.
             Setengah jam kemudian,Harraz Idham turun ke bawah selepas menunaikan solat maghrib. “Apa yang kau masak?Aku lapar ni!” Tanya Harraz Idham dengan kasar.
             “Nasi dengan kari ikan,” jawab Nabila segera menyendukkan nasi untuk suaminya. Selepas itu diletakkan pula lauk kari ikan ke dalam pinggan Harraz Idham. Harraz Idham segera menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
              Tiba-tiba Harraz Idham meludah semula nasi yang dimakan ke dalam pinggannya. “Ini kari ke lauk air kosong??” Herdik Harraz Idham padanya. Bergenang air mata Nabila apabila Harraz Idham begitu dan kemudian mengherdiknya seperti seorang hamba.
              “Aku kahwin dengan kau sebab nak buat kau jadi tukang masak! Jadi masaklah sedap-sedap!Bodoh!Dah lapan belas tahun pun tak reti masak??Apa guna aku kahwin dengan kau??” Jerkah Harraz Idham tanpa kasihan lantas pinggan mangkuk yang berada di atas meja dilemparkan ke lantai. Nabila segera menutup kedua-dua telinganya mendengar bunyi pinggan-pinggan kaca yang telah pecah berderai itu. Nabila mula menangis teresak-esak kerana tak pernah dimarahi Harraz Idham sedemikian rupa.
              “Kalau kau tak reti masak sedap-sedap baik kau berambus dari rumah aku ni! Berambus sekarang!Aku tak nak tengok muka kau!” Herdik Harraz Idham lagi kemudia dia masuk ke bilik semula. Tinggallah Nabila di situ seorang diri.Dia tahu kini Harraz Idham benar-benar tidak memerlukannya sebab itulah Harraz Idham tidak kisah tidak berada di rumah untuk bersama dengannya.
               Sebelum Nabila pergi biarlah dia tunggu di luar rumah dahulu mengharapkan Harraz Idham datang kepadanya namun sekiranya tidak dia akan pergi untuk selama-lamanya.
               Harraz Idham melihat ke luar tingkap kelihatan Nabila seperti orang bodoh berdiri di luar.Hari mulai hujan rintik-rintik namun ego Harraz Idham masih tinggi.Dia membiarkan Nabila di luar sana. Dia berbaring sendirian di atas katil lalu terlena.
              Tidak lama kemudian,Harraz Idham tersedar akibat dentuman kilat yang sungguh kuat. Dia segera bangun daripada katil dan melihat ke jendela. Nabila masih di situ! Gila!!Segera dia berlari turun ke bawah takut-takut sesuatu yang buruk terjadi pada Nabila.
             Dia berlari ke luar menarik tangan Nabila untuk masuk ke dalam rumah. “Gila apa!” Marah Harraz Idham yang turut sama basah dalam hujan. Nabila lantas memeluk tubuh Harraz Idham semahu-mahunya.
           “Maafkan sayang abang,abang janganlah tinggalkan sayang. Sayang tahu sayang banyak salah dnegan abang selama ni,sayang tahu sayang banyak buat dosa dengan abang.Sayang minta ampun abang.Sayang janji sayang tak buat lagi.Andai abang maafkan sayang saya rela dipanah petir asalkan sayang mati dalam keadaan abang sudah maafkan abang,” rayu Nabila dalam tangisnya. Harraz Idham menarik tangannya masuk ke dalam rumah.
           “Gila apa buat macam ni? Kalau apa-apa jadi dekat sayang macam mana?” Tanya Harraz Idham yang sebenarnya terlalu risau pada gadis itu. Dia tidak mahu apa-apa yang buruk terjadi pada Nabila.
           “Abang kalau abang tak boleh terima sayang lagi tak mengapa tapi maafkan sayang..sayang rayu,” tiba-tiba Nabila melutut di kaki suaminya membuatkan Harraz Idham rasa serba salah kerana sebegitu sekali Nabila merayu padanya.
           Harraz Idham pantas menjauhkan kakinya daripada disentuh Nabila. “Abang maafkan sekarang pergilah Nabila ke mana-mana yang Nabila nak.Abang rela,” kata Harraz Idham lagi.
           “Abang selama ini sayang pergi ke dalam hidup Alias tapi sebenarnya sayang telah buat kesilapan.Andai abang izinkan suatu hari nanti sayang mahu pergi ke dalam hidup abang.Maafkan sayang atas segala-galanya,” kata Nabila lalu mahu pergi dari situ. Lembut sudah ego Harraz Idham mendengar kata-kata daripada bibir Nabila.
           “Abang izinkan,” jawab Harraz Idham membuatkan Nabila memandang ke belakang.Memandangnya penuh tanda tanya adakah dia silap dengar.
           “Abang izinkan saya kembali dalam hidup abang,” ulang Harraz Idham panjang. Nabila segera memeluk tubuh suaminya itu dengan sesungguh-sungguhnya dan begitu juga Harraz Idham.
            “Sayang minta maaf abang.Sayang janji takkan ulangi lagi kesilapan sayang,” bicara Nabila sejujurnya.
            “Shhh…jangan cakap lagi.Mulai hari ni kita bina hidup baru ya sayang.Abang dah dapat Nabila, lepas ni kalau Alias cari pasal lagi abang tak teragak-agak nak belasah dia. Maafkan abang sayang,selama ni abang nak uji sama ada abang buat macam ni sayang boleh tak hidup tanpa abang” kata Harraz Idham mahu menceriakan hati Nabila yang sedang berduka itu.
            “Tak mahulah macam tu,ee..orang dah terlalu cinta sangat dengan abang tau! Tak boleh hidup tanpa abang,” jawab Nabila lalu satu cubitan singgah di bahu Harraz Idham.
            “Aduuuuhhh..sakitnya perut ni…!!” Harraz Idham pura-pura menjerit.
            “Eeeee..orang cubit bahu dia rasa sakit dekat perut pula,” jawab Nabila.
            “Bukan sakit sebab kena cubitlah..sakit sebab lapooorrr…,” kata Harraz Idham pula sambil tersenyum. “Nak makan kari ikan sayang..sedaplah sebenarnya.”
            “Tadi kata tak sedap.Siap buang kat lantai lagi,” balas Nabila.
            “Abang berlakon je.Pandai tak abang berlakon?? Eksperimen abang selama ni berjaya membuktikan hipotesis abang tu betul : semakin abang menjauh semakin sayang perlukan abang,kan-kan?” Tanya Harraz Idham padanya. Namun Nabila buat tak tahu sahaja lalu beredar dari situ tidak mahu menjawab pertanyaan suaminya yang mengarut itu.
             “Nak pergi mana tu?” Tanya Harraz Idham terpinga-pinga.
             “Nak pergi dapurlah.Kata nak makan kari ikan,” jawab Nabila ketawa kecil.
             “Tunggulah abang..nak ikut juga pergi dapur,”laung Harraz Idham membuntuti isterinya daripada belakang lantas diraih pinggang isterinya itu. Bahagia hati Nabila disayangi sebegitu rupa.

3 comments:

ordinary89art said...

;-)

mia myashie said...

dah baca ye?tq!! td edit sket bg btul pragraph dey..kslhn ejaan harap maaf tk perasan! hee

.cik yaya. said...

besh sgt2 kak mia..keep it up..hahahahah!!

Kita geng!!