Saturday, November 6, 2010

Cinta Pasti Hadir,Bersabarlah..~~




Pagi ini bermulalah hari pertama aku bergelar isteri yang sah kepada suamiku yang baru aku kenali dan baru aku cintai. Sesungguhnya aku tidak kisah siapa suamiku kerana aku terlalu bersyukur diberi peluang oleh Allah S.W.T merasa nikmat hidup berumah tangga tetap aku bahagia walau.............

Orang bercerita kalau malam pertama sungguh indah.Kita sebagai isteri dimanjai,disayangi dan dilayani bagai seorang puteri. Namun aku tidur malam tadi seorang diri walaupun di atas katil yang empuk tapi aku rindu tidur berbantalkan lengan suami.. tak mengapalah mungkin dia segan,aku pun malu kerana masing-masing belum lagi saling mengenali apatah lagi untuk menyintai sebab itu dia tidur di permaidani.

Pagi ini,aku terjaga agak lewat. Jam menunjukkan pukul 6.45 minit pagi. Ku lihat suamiku sudah pun menghilangkan diri. Mungkin takut jalan sesak barangkali.....lekas aku mengambil wuduk dan sujud pada ilahi. Tak henti-henti bibirku mengucap syukur atas pemberian nikmat yang tidak terperi ini.

Sebulan kemudian:

Aku masih lagi menjadi isteri kepada suamiku...bahagia terlalu bahagia dan masih merasa bahagia walaupun tak dapat merasa cinta dan sayang daripada seorang suami,walau diri ini masih tak disentuhi,walau masakan yang ku masak tak pernah sedikit pun dijamahi. Entahlah..kenapa aku terlalu sabar,sabar menanti cinta daripada seorang suami..Walaupun dia tidak pernah menegurku,hanya menjawab ketika aku bertanya sahaja,dia tetap baik padaku tak pernah meninggikan suaranya padaku. Segala keperluan dalam rumah cukup dia berikan dan aku bersyukur lagi kerana walau dilayan sebegini aku tidak seperti yang ku baca dalam luahan rasa si isteri di maki suami,dilempang dan disepak teranjang oleh suami sendiri..

Suatu hari aku menerima warkah biru daripadanya yang sengaja diletakkan di atas meja solek. Berdebar rasa hati ini untuk membaca surat tersebut.Isinya ringkas sahaja tapi melukakan jiwa tapi aku sabar,ku tahan air mata dan tetap terus membaca hingga sudahnya:

Assalamualaikum,
Saya harap awak dapat baca surat saya ini dengan tenang dan menerima segalanya dengan terbuka. Zulaikha, awak tahukan saya tak pernah mengenali awak dan apatah lagi mencintai awak. Sebulan sudah usia perkahwinan kita namun saya masih tak dapat lagi menerima awak sebagai isteri saya sebab itu sampai sekarang saya tak sentuh awak. Sebenarnya,saya sudah lama menyintai gadis lain sebelum kita bernikah lagi. Sudah lapan tahun kami bersama dan sekarang kami masih lagi bersama. Kita bernikah kerana kita terpaksa menurut kehendak keluarga kita. Saya sudah fikir masak-masak saya tahu kita tak dapat bersama,saya tak cintakan awak dan awak jugakan? Seminggu lagi saya akan pulang dari Langkawi dan kita boleh berbincang tentang penceraian kita secara baik di hadapan keluarga kita.

sekian...

Air mata mengalir perlahan namun cepat-cepat aku kesat agar tak mengalir lagi.Biar pedih surat itu tetapi aku cuba sabar seperti selalu. Walau apa pun yang terjadi aku tetap menanti dia kembali seminggu lagi. Aku redha andai itu suratan daripada ilahi..tetapi jika diizinkan masih lagi dapat bersama aku izinkan suamiku menikahi si dia dan aku rela hidup bermadu asalkan suamiku merasa bahagia..

Enam hari kemudian:

Bunyi telefon membuat aku terjaga daripada tidurku malam itu. Panggilan kecemasan daripada hospital!!

Seminggu kemudiannya:

"Awak..makanlah," kataku sambil menyuapkan nasi ke mulutnya. Perlahan-lahan dia membuka mulutnya. Nasi yang ku suap dikunyah perlahan-lahan sambil air matanya tak henti-henti daripada mengalir. Sudah seminggu masih tak henti-henti menangis,tidak bersuara langsung,badannya pula nampak tidak bermaya. Aku menjadi sungguh khuatir. "Awak, tak baik menangis depan rezeki," pujukku lalu ku beranikan jariku untuk pertama kalinya mengesat air matanya. Cepat-cepat dia menangkap tanganku. Mungkin marah agaknya...maafkan isterimu...

"Sayang....." bergetar jiwaku mendengar kalimah itu.. "Abang lepaskan sayang,"katanya dengan nada perlahan. "

Air mataku pula mengalir deras membasahi pipiku.Pertama kali aku menangis di hadapannya. Tersedu-sedu aku.. "Kenapa sayang menangis?" Dia pula memberanikan diri memegang daguku dengan lembut sekali lalu bersuara."Kenapa sayang menangis?Abang bebaskan sayang,sayang akan hidup gembira dengan orang yang sayang cinta nanti," katanya lagi.

"Sayang tak akan bahagia selama-lamanya melainkan hidup bersama di sisi abang. Sejak kita kahwin lagi sayang sudah belajar mencintai abang dan kini sudah pun mencintai abang.. sayang tak mahu meninggalkan abang,tolonglah abang jangan lepaskan sayang,"rayuku dengan sesungguhnya tanpa peduli air wajah yang berubah seperti apa...

"Walau abang macam ni?" Tanya suamiku sambil melihat kedua-dua kakinya yang sudah tiada akibat terpaksa dipotong kerana kecelakaan jalan raya yang lalu. Air matanya mengalir juga dengan penyesalan..

"Sayang tak kisah siapa pun abang dan bagaimana sekalipun abang. Dari dulu kita bernikah sayang tetap menerima dan menyayangi abang walaupun abang tak pernah menyayangi sayang," kataku pula mengharapkan agar dapat kekal bersamanya.

"Alangkah indah kalau dari dahulu lagi abang dapat mengenal mana intan yang mana kaca," katanya memegang kedua-dua belah tanganku. Dirinya terlalu terluka kerana kekasih yang dicintai selama lapan tahun menghilangkan diri setelah mengetahui dirinya sudah cacat kini. "Terima kasih sayang sebab masih mahu lagi menjadi isteri abang," katanya lalu mencium lembut ubun-ubunku. Aku bukan kepalang lagi gembira. Walau dia kini tidak sempurna di depan mereka namun dalam hatiku yang kecil ini dia cukup sempurna.

"Tak perlu berterima kasih pada sayang.Bukankah Allah dah menetapkan jodoh masing-masing." Aku mendakap tubuhnya perlahan, ku buang rasa malu itu kerana aku merasa terlau bahagia saat itu dan dia juga membalas pelukanku.

" Abang tak dapat dukung sayang seperti orang lain lakukan pada isterinya,"kata suamiku merendah diri.

 "Tak mengapa,sayang dukung abang!" Kataku diiringi senda tawa kami berdua............ =)

2 comments:

Anonymous said...

Jelas ada banyak tahu tentang hal ini. Saya pikir Anda membuat beberapa poin baik di Fitur juga. Tetap bekerja, pekerjaan yang besar!

mia myashie said...

terima kasih =)

Kita geng!!