Friday, December 24, 2010

Bahagian 1- Cinta Tak Ada Logiknya



Bahagian 1-



          “Aduh,sakitnya kaki aku!” Keluh Fara sambil mengurut kakinya yang sakit akibat terjatuh tadi. Siapa yang melanggarnya? Dia mendongak ke atas. Seorang lelaki yang segak berbaju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher berdiri berhampiran dengannya.
           “Cik,tak apa-apa?” Tanya lelaki tersebut sambil memegang bahu Fara.
           “Lepaslah! Anak dara orang nak pegang-pegang pula! Jalan tak guna mata macam tu lah jadinya,” Marah Fara yang bingkas bangun dan terus berlalu dari tempat tersebut.
           “Err..cik..!” Tidak habis tutur kata lelaki tersebut untuk memohon maaf atas kejadian yang tidak disengajakannya itu kerana Fara terus berlalu dengan berjalan terhenjut-henjut.
            Fara geram dengan lelaki tersebut kerana hampir-hampir menyebabkan dia terlambat datang untuk ditemuduga sebagai seorang setiausaha. Sudahlah pakaiannya kotor kerana terjatuh tadi. Hilang sudah semangatnya untuk bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawatan  tersebut.
             Kalau dia gagal dalam temuduga itu agak susahlah Fara untuk mencari lagi pekerjaan yang sebagai setiausaha di syarikat yang lain. Hal ini kerana jawatan sebagai setiausaha tidak banyak ditawarkan sekarang ini malah terpaksa berebut pula dengan berpuluh-puluh orang yang mahukan jawatan tersebut.
          Fara berharap sangat agar bulan jatuh ke ribanya. Itulah harapannya setelah berhempas pulas menuntut ilmu di Politeknik Sabak Bernam dalam jurusan kesetiausahaan selama tiga tahun. Memang itulah impiannya dan minatnya untuk bergelar seorang setiausaha suatu hari nanti.
          Sampai sahaja Fara di tempat temuduganya,kelihatan sudah ramai calon temuduga yang sedang menunggu di situ. Ada yang tengah sibuk mengisi borang pendaftaran,ada yang sedang asyik bersolek entah berapa inci tebalnya solekan gadis tersebut. Dah macam opera cina yang mahu membuat persembahan sebentar lagi.
          Fara duduk di sebelah gadis yang sedang bersolek itu tadi untuk mengisi borang pendaftaran yang masih belum diisinya. Tiba-tiba namanya dipanggil oleh seorang wanita yang mungkin ditugaskan  memangil peserta temuduga untuk masuk ke bilik temuduga.
          “Takkan aku yang pertama??” Terkocoh-kocoh Fara bangun sambil membawa borang yang belum diisi disepenuhnya itu. Seram pun ada,sejuk pun terasa. Kenapalah hari ni macam dah ditakdirkan malang untuknya.
           Fara mengetuk pintu.
           “Masuk,” arah suara yang datang dari dalam yang merupakan pengarah syarikat tersebut.
           Fara melangkah masuk dengan penuh yakin. Semoga sesi temuduganya berjalan dengan lancar. Itu yang diucpakan dalam hatinya.
          “Assalamualaikum tuan,” ucap Fara dengan penuh tata tertib.
          “Waalaikumussalam,” jawab pengarah tersebut lalu melipatkan surat khabar yang dibacanya tadi.
          Fara terkejut bukan kepalang apabila melihat pengarah dihadapannya ini adalah lelaki yang melanggarnya tadi. Barulah dia tahu dialah pengarah yang bernama Fiq Hazariq. Dia pernah terbaca di dalam majalah mahupun akhbar berkenaan usaha gigih Fiq Hazariq dalam menguruskan perniagaannya peninggalan arwah ayahnya dan sifat baik hatinya yang selalu membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan misalnya semasa tragedi banjir tahun lepas di Johor. Namun,tidak pernah pun gambar Fiq Hazariq terpapar dalam akhbar dan juga majalah. Mungkin Fiq Hazariq seorang yang merendah diri dan…baik??
         “Ahhh!!Tidakkk!!Dia sengaja melanggar aku. Dia ingat aku nak bagi dia laluan??” Jerit Fara dalam hati.  Terus rasa marah yang telah beransur hilang menghambat semula hatinya. Lelaki ini mesti diajar agar tidak lagi lupa mengucapkan maaf apabila telah membuat salah. Lagipun kalau Fara bercakap sopan-santun pun mesti dia tidak akan dapat jawatan ini kerana dia telah pun memaki hamun pengarah dihadapannya sebentar tadi.
          “Awak yang langgar saya tadi kan?Kan??” Fara bingkas bangun dari tempat duduknya. “Kaki saya ni sakit tahu tak? Awak dah lah langgar saya lepas tu tak reti-reti nak minta maaf,” kata Fara lagi.
          “Saya nak minta maaf tapi awak nak pergi cepat,” jawab Fiq Hazariq dengan tenang.
           Fara terdiam seketika sebelum menyambung semula kata-katanya. “Sekarang saya nak minta ganti rugi,” ujar Fara yang merasakan ini peluang yang terbaik untuk dia mengambil kesempatan kepada lelaki tersebut. Dia tersenyum puas. Tak sangka bernas juga ideanya!
          “Ganti rugi?” Berkerut dahi Fiq Hazariq. “Maksud awak apa?” Sambungnya lagi.
          “Ganti rugi atas sebab kesakitan yang menimpa saya ni. Saya tak minta duit tapi awak kena terima saya sebagai setiausaha awak,kalau tak………” ugut Fara dengan berani sekali. Dia lantang bersuara walaupun dia sendiri tahu dia sedang bercakap dengan seorang pengarah yang berpengaruh besar dan terkenal.
           “Kalau tak apa yang awak nak buat?” Tanya Fiq Hazariq.
           “Nanti saya nak buat cerita awak tu skandal saya yang tak bertanggungjawab. Apa peduli saya! Saya tak takut dengan awak walaupun awak tu orang ternama. Saya akan panggil wartawan,cerita dengan staf-staf awak,” Ugut Fara. Fiq Hazariq hanya tergelak kecil lantas menekan interkomnya.
           “Oo..awak nak halau saya ya??Errrr… nanti saya jerit kuat-kuat biar kecoh pejabat awak,bila orang tanya saya cakap dulu pernah jalinkan hubungan dengan saya dan sekarang awak mempermainkan hati saya!” Kata Fara cuba mengugutnya lagi. Fiq Hazariq langsung tidak menghiraukan kata-katanya.
           “Wafa,batalkan temuduga. Suruh calon-calon yang lain pulang,” arah Fiq Hazariq. Tatkala itu berubah wajah Fara apabila mendengar kata-kata Fiq Hazariq sebentar tadi. Betulkah apa yang didengar tadi? Atau Fiq Hazariq sudah tidak ada mood untuk menemuduga calon yang lain?
           “Esok mula berkerja. Ingat! Saya bagi tempoh seminggu untuk awak buktikan yang awak merupakan seorang setiausaha yang terbaik,” kata Fiq Hazariq member kepercayaan kepadanya untuk memegang jawatan tersebut. Fara tersenyum riang dan mengangguk kepalanya berkali-kali sebagai tanda dia faham dengan arahan Fiq Hazariq.
           “Saya Fiq Hazariq,” kata Fiq Hazariq lalu menghulurkan tangannya.
           “Saya tahu,kan ada nama di meja encik. Lagi satu saya minta maaf sangat-sangat sebab  mak saya tak bagi pegang-pegang ni. Saya Fara, Fara Arissa,” tutur Fara dan menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat kepada Fiq Hazariq.
           Dalam hati Fiq Hazariq kagum dengan sifat Fara yang begitu menjaga maruahnya berbanding wanita-wanita yang pernah ditemui walaupun mulut Fara bukan main berbisa sekali. Fiq Hazariq mengimbas semula peristiwa sebentar tadi, marah sungguh Fara apabila bahunya disentuh. Itu bukan niat Fiq Hazariq untuk sengaja mengambil kesempatan,sebenarnya dirinya begitu risau tentang keadaan Fara sewaktu itu.
         Bercerita tentang gadis ini lagi,adakalanya tingkah laku Fara agak kelam-kabut sedikit namun ianya mencuit hati Fiq Hazariq sebenarnya. Lucu juga perangai Fara yang kebudak-budakkan sedikit bagi pendapat Fiq Hazariq.
        “Err…encik??Encik…!” Sapa Fara yang sedari tadi pelik melihat Fiq Hazariq menopang dagu seolah-olah sedang termenung jauh.
        “Err..ya?” Jawab Fiq Hazariq yang baru sahaja tersedar daripada lamunannya. Dia meraup mukanya perlahan.
       “Tak ada apa-apa. Cuma nak tanya, encik ingatkan kekasih hati ke?” Kata Fara lalu ketawa terbahak-bahak. Tampak dua lesung pipitnya yang dalam di kedua-dua belah pipinya. Fara kelihatan comel bila ketawa!
       “Ada-ada sahaja awak ni,” jawab Fiq Hazariq yang berasa hairan melihat Fara yang selamba sahaja soalannya. Namun dia berasa senang dengan cara Fara yang tidak kekok berbual dengan orang yang baru sahaja dikenalinya. Fiq Hazariq juga bukanlah orang yang terlalu menjaga protokol asalkan pekerjanya ada rasa hormat padanya dan tidak pijak kepalanya sudah.
       ‘’Manalah tahu. Encik kan kacak,beruntung saya dapat jadi setiausaha bos yang kacak ni,” Fara ketawa lagi begitu juga Fiq Hazariq. Tiba-tiba dia terlihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul satu petang. ‘Encik,saya boleh tak pulang sekarang? Nanti mak saya risau pula saya tak balik-balik lagi,” kelam-kabut Fara bangun dari kerusi dan menggalas begnya.
       “Okey,okey.Baiklah.Jumpa esok.Ingat jangan lewat!” Pesan Fiq Hazariq lagi sebelum Fara melangkah ke luar dari biliknya.
       “Baik bos!” Fara memberi tabik hormat lalu segera berlalu daripada situ. Baru sahaja hendak melangkah setapak, secara tidak sengaja dia terlanggar kaki kerusi membuatkan Fara hampir-hampir tersungkur.
       Fiq Hazariq cuba menahan dirinya daripada ketawa namun gagal! Mendengar sahaja gelak tawa Fiq Hazariq, Fara cepat-cepat beredar dari tempat itu dengan perasaan malu yang teramat sangat.
       “Kau ugut bos kau tu Fara?” Tanya Emak Fara lagi yang agak kurang percaya dengan kata-kata yang keluar daripada bibir Fara.
       “Betul mak,Fara ugut dia. Fara kata, Fara nak buat kecoh dekat pejabat dia kalau dia tak bagi Fara kerja dekat tempat dia,” kata Fara lalu memeluk bahu emaknya sambil mereka menuju ke ruang dapur.
        “Tak baik buat macam tu. Biar kita dapat pekerjaan kerana usaha gigih kita sendiri,” nasihat emak lagi.
         “Emak…siapa suruh dia langgar Fara. Lepas tu sampai sekarang dia tak reti-reti minta maaf,” terang Fara kepada emaknya.
        “Emak rasakan,dia bukan takut dengan ugutan Fara tu. Mungkin dia bagi kau kerja sebab dia nak tebus semula kesalahan dia pada Fara,” fikir emaknya yang ada benarnya juga bagi Fara.
        “Mungkin juga,” Fara mengjongket bahunya.
        Awal-awal pagi, Fara sudah tiba di tempat kerjanya. Fiq Hazariq nampaknya masih belum tiba lagi. Mungkin dia sampai lewat. Fara duduk di meja yang disediakan khas untuknya. Lengkap dengan sebuah komputer di atasnya,beberapa fail yang disusun dan lain-lain. Fara tersenyum puas kerana akhirnya dia dapat juga mencapai cita-citanya dan dia berazam untuk berkerja dengan bersungguh-sungguh agar disuatu hari nanti dia berpeluang memegang jawatan yang lebih tinggi lagi. Fara tersenyum lalu menongkat dagunya…
      “Selamat pagi Cik Fara,” ucap Amy yang merupakan setiausahanya ketika Fara melangkah masuk ke dalam pejabat. Mata Amy sedikit pun tidak berkelip memandangnya yang sungguh bergaya sekali pagi ini. Memakai blaus berwarna merah terang dengan mini kot membuatkan keayuan Fara bertambah menyerlah.Kasut tumit tinggi yang dipakai seolah-olah menampilkankan diirinya persis seorang model yang sedang memperagakan fesyen terbaru di atas pentas.
    “Kopi,please…,” kata Amy kepadanya.
  “Kopi???” Merah padam muka Fara apabila setiausahanya meminta secawan kopi darinya. Bukankah Amy yang sepatutnya membuatkan secawan kopi kepadanya??? Diakan ketua syarikat tersebut??Bukan Amy!!
   “Kopi,please!” Ulang Fiq Hazariq lagi. Dia mengetuk meja Fara. Fara termangu seketika ketika memandang Fiq Hazariq yang berada didepannya.

      “Err..kopi??” Tanya Fara semula. Dia bingung seketika memikirkan apa yang dah berlaku sebentar tadi. Kenapa Fiq Hazariq yang muncul bukan Amy??
      “Amy?Siapa Amy?” Dia bertanya dalam hati. Fikir punya fikir akhirnya dia mengerti dia hanya berangan tadi. Wajah Fara tiba-tiba berubah merah padam. Malu!!
     “Ya,kopi..buatkan untuk saya.” Kata Fiq Hazariq  dengan nada yang serius lalu terus masuk ke biliknya tanpa menanti jawapan daripada setiausahanya itu.
    “Alamak….matilah aku. Mula-mula kerja saja dah aku buat hal,,” bebel Fara sendirian sewaktu melangkah menuju ke bilik pantri. Tidak lama kemudian, Fara menatang dulang berisi secawan kopi panas dan gula untuk di bawa ke bilik bosnya.
    “Masuk…” kata Fiq Hazariq sewaktu mendengar ketukan pintu. Fiq Hazariq melihat dulang yang diletakkan oleh Fara di atas mejanya.
    “Biasanya, saya akan suruh setiausaha saya letakkan gula untuk kopi saya,” ujar Fiq Hazariq padanya.
    “ Err…. Encik Hazariq nak berapa sudu?” Tanya Fara sedikit gugup kerana baru sebentar tadi dia telah membuat kesilapan.
    “Oh,saya minum kopi tak pakai sudu,” kata Fiq Hazariq sengaja mahu mengusik Fara.
    “Maksud saya nak berapa sudu gula?” Jelas Fara. Dalam hati nak sahaja dia bagi penampar mengada-ngada sungguh!!
    “Dua,” jawab Fiq Hazariq pendek. Fiq Hazariq suka benar mengenakan Fara yang cepat kelam-kabut jika dia telah melakukan kesilapan. Fara akur dengan kata-kata Fiq Hazariq. Dibubuhnya dua sudu dan dikacau perlahan-lahan.
    “Selalunya saya akan suruh setiausaha rasa dulu kopi yang dibuatnya. Manalah tahukan takut-takut awak bubuh racun. Jadi,awak rasa dulu,” arah Fiq Hazariq lagi.
    “Eh..suka-suki saja nak suruh aku rasa. Ingat aku ni nak bunuh dia ke?” rungut Fara dalam hati namun dia terpaksa buat seperti yang telah diarahkan. Dia minum sedikit kopi tersebut. Fiq Hazariq ketawa perlahan.
   “Rasa apa ni???!!!!” Terbutang mata Fara ketika meminum kopi tersebut. Tersembur kopi yang diminumnya tadi kerana rasa masin. Habis baju…………………………???
    Habis baju Fiq Hazariq terkena percikan kopi yang dihemburnya tadi. Fiq Hazariq yang ketawa daripada tadi tiba-tiba terhenti apabila melihat bajunya kini sudah kotor. Itulah padahnya kalau suka mengenakan orang. Kan tuhan dah balas percuma sahaja…..
     “Encik Hazariq…sorry, emm..saya minta maaf..” kata Fara kepada Fiq Hazariq. Fiq Hazariq langsung tidak memandang wajahnya, dia terus berlalu keluar. Muka Fara rasa pucat. Dia tahu dia telah membuat dua kesalahan. Pertama,nyaris memberi ketuanya air kopi garam dan yang kedua sudah mengotorkan bajunya.
     Fara berlalu keluar dan duduk di tempatnya semula. Fara menekup mukanya dengan tangan,dia mahu menangis tapi dia cuba menahannya. Bimbang kalau-kalau pekerja lain memandangnya. Namun setitik dua titik air matanya menitis juga.
   “ Awak menangis?” Fara memandang suara yang menegurnya itu.
  “ Takkan baru sehari kerja dah putus asa?” Sindir Fiq Hazariq masih lagi mahu menyakatnya.
  “ Tak,tak adalah mata saya masuk semut,” kata Fara. Semut?? Ah,biarlah janji jangan bagi alasan masuk habuk tu dah lapuk punya alasan.
   “Eh,takkanlah semut suka garam,” Fiq Hazariq mengenakannya lagi. Fara cepat-cepat memandang bawah. Rasa tebal telinganya mendengar Fiq Hazariq memerlinya.
   “Tak mengapa,saya maafkan awak kali ni,” kata Fiq Hazariq membuatkan Fara gembira. “Tapi…awak dikenakan hukuman selama seminggu untuk siapkan semua laporan setiausaha saya yang dulu. Banyak tu…”  kata Fiq Hazariq lagi.
    “Saya faham Encik Hazariq,” angguk Fara perlahan.
    “Eh,belum habis lagi awak dah kata faham sebab tulah awak banyak buat silap tadi,” perli Fiq Hazariq lagi. “Awak boleh balik pada jam sepuluh malam,” ujar Fiq Hazariq.
     “Sepuluh malam??” Tanya Fara dengan nada perlahan namun Fiq Hazariq dapat mendengarnya.
     “Kenapa? Ada masalah?” Fara menggeleng laju.
     “Mula daripada hari ini,” kata Fiq Hazari dan setelah itu dia menghilang diri.
      Sudah empat hari Fara didenda Fiq Hazariq untuk menyiapkan laporan-laporan yang belum selesai itu. Ada tujuh fail yang masih lagi belum siap. Walaupun penat, Fara tetap gigih mahu menyiapkan laporan-laporan tersebut. Dia tidak mahu kehilangan pekerjaan yang baru sahaja diperolehi. Biarlah penat sekalipun asalkan dapat memuaskan hati Fiq Hazariq,ketuanya itu.
    Linda,rakan sekerja yang baru sahaja dikenalinya itu ada memberitahu sedikit-sebanyak perihal Fiq Hazariq. Linda memberitahunya bahawa Fiq Hazariq seorang yang tidak banyak kerenah,merendah diri dan rajin berkerja. Di musim perayaan tak kiralah Hari Raya Puasa ke, Hari Deepavali ataupun Tahun Baru China, Fiq Hazariq pasti akan memberikan hadiah kepada para pekerjanya.
    “Aku penatlah buat laporan semua ni,Lin..” keluh Fara pada temannya Linda.
    “Kau nak tahu pasal setiausaha bos kita yang dulu?” Tanya Linda tiba-tiba.
    “Kenapa?” Tanya Fara terpinga-pinga kerana tiba-tiba sahaja Linda mencetuskan cerita tentang setiausaha Fiq Hazariq yang dulu.


-Bersambung.....-

Tuesday, December 14, 2010

Diet Percuma! Untuk Sihat Dan Jelita Sentiasa


 (P/S: Tak rugi membaca walau panjang berjela kerana ini pengalaman benar saya!! )

• Pengenalan

          Semua orang terutamanya kaum Hawa mengimpikan tubuh yang ramping dan nampak langsing. Jika ditanya,saya percaya semua wanita amat takut dan bimbang jika mengalami MASALAH KEGEMUKAN! Wanita yang mengalami masalah ini akan cuba berusaha sedaya upaya untuk menurunkan berat badan sehinggakan ada yang sanggup berhabis beratus-ratus ringgit untuk membeli produk pelangsingan badan hanya semata-mata untuk mendapatkan berat badan yang diimpikan oleh mereka. Harus difikirkan bahawa tidak semua produk yang digunakan sesuai dengan semua orang. Pernahkan kita terbaca ada yang meninggal dunia selepas menggunakan produk tersebut,ada yang menjadi lebih gemuk selepas tidak menggunakan lagi produk tersebut dan ada yang mendapat penyakit kronik kesan daripada penggunaan produk tersebut. Selain itu, pernahkah kita mendengar cerita-cerita daripada teman-teman kita yang mengatakan produk tersebut tidak langsung menampakkan perubahan berat badan kita? Ini kerana bukan semua produk sesuai dengan tubuh badan kita. Oleh itu,jika demikian terjadi….membazir sahajalah wang ringgit yang dilaburkan semata-mata untuk menguruskan badan.

          Sebelum saya menerangkan lebih lanjut tentang topik yang saya siarkan ini,ingin saya memperkenalkan diri saya iaitu Mia (nama panggilan oleh rakan-rakan) yang merupakan gadis berusia 21 tahun dan masih lagi belajar disebuah institusi perguruan. Saya pernah mengalami masalah kegemukan tetapi bukanlah terlalu gemuk Cuma saya berasa tidak begitu selesa dengan berat badan saya yang pernah mencapai sehingga 57 kilogram. Berat badan saya sememangnya tidak sesuai dengan saya yang hanya berketinggian 152 cm sahaja. Selain itu, saya selalu ditegur bukan sahaja rakan-rakan tetapi oleh para pensyarah dan keluarga saya sendiri yang mengatakan saban hari badan saya semakin berisi. Sesuailah dengan hobi saya yang suka makan,makan,makan,makan tanpa henti. Apabila saya berjalan-jalan di pusat membeli-belah,langsung tidak ada lelaki yang mahu mengusik atau menegur saya tetapi jangan salah faham, bukan itu saya mahukan tetapi itu menunjukkan badan saya semakin mengembang dan tidak lagi menarik perhatian lelaki. Jika dulu ada sahaja yang akan bersiul-siul pada saya tetapi tidak lagi selepas berat badan saya mencecah hampir 60 kilogram walaupun saya bersolek dan bergaya. Ada sesetengah wanita jika badan mereka berisi mereka nampak “comel” tetapi tidak bagi saya. Sudahlah saya berkulit gelap dan kini pula semakin gemuk dan apabila memakai baju kurung nampak tidak cantik. Hal ini memberikan motivasi kepada saya untuk menurunkan berat badan. Apabila saya memikirkan tentang mungkin dalam masa empat tahun lagi saya akan mendirikan rumah tangga, saya berasa amat,amat takut jika semasa saya bersanding badan saya semakin gemuk. Saya sering berimaginasi saya memakai baju pengatin tentu nampak tidak lawa! Rakan-rakan, berat badan saya tidak pernah menurun. Setiap tahun boleh naik sehingga 4 kilogram. Bayangkan!!

• Langkah menurunkan berat badan secara PERCUMA!!

Rakan-rakan sekalian, saya ingin berkongsi kepada anda semua bagaimana saya dapat menurunkan berat badan saya sehinggakan rakan-rakan di tempat pengajian saya bertanya bagaimana saya boleh kurus berbanding dahulu. Mereka selalu meminta tips daripada saya dan saya tidak lokek memberitahu kepada mereka. Caranya mudah sahaja!! PERCUMA!! YA!! MEMANG PERCUMA!! Anda tidak perlu berbelanja beratus-ratus ringit. Sila lihat di bawah:


1. Sentiasa bersenam setiap petang. Apa yang saya lakukan ialah:


i. Berjoging 5 pusingan padang (mula-mula buat dahulu 3 pusingan selepas dua minggu cuba
lakukan 5 pusingan)
ii. Turun naik tangga 20 kali x 20 anak tangga.
iii. Lompat bintang 25 kali (Bermula daripada hadapan,kanan dan seterusnya)
iv. Sit-up 10 kali (tak perlu banyak. Mula-mula memang tak boleh lama-lama
           tak rasa apa pun. Percayalah!!)  p/s: Ada ketika kita merasa sakit pinggang tapi
jangan risau itu hanya sementara =)
v. Waktu bangun pagi cuba buat sit up dan lompat bintang sebelum mandi.. =)
vi. Sesekala skippinglah… sejam boleh menurunkan 1 Kilogram..




2. Kawal pemakanan ( Ha………ni korang kena tahan tau dugaan!! Tapi lama-lama mesti dah biasa!! ) Apa yang saya lakukan ialah:



i. Saya tak makan tau nasi selama 4 bulan ( Kalau pergi kenduri,berkhemah tu makanlah 
tapi nasi sesenduk sahaja tau).
ii. Waktu pagi menunya: Segelas susu,roti gandum sekeping.
iii. Waktu pukul 10 pagi: Makan buah-buahan sahaja.
  (Disyorkan: buah jambu batu,epal) Tembikai tak sesuai.
iv. Waktu tengah hari: Saya selalu makan lauk,bihun sahaja. Contohnya hari isnin ikan dengan sayur dan
     esoknya saya makan bihun sup/tom yam dan bergilir-gilir hari yang seterusnya. 
Ingat……NASI TAK BOLEH!!
v. JANGAN MAKAN DAGING selain DAGING AYAM. Kalau ayam tu 
JANGAN MAKAN KEPAK AYAM.
vi. Waktu Petang: Makan Oat dengan susu.
vii. Waktu Malam sebelum tidur minum segelas susu.
viii. Susu yang terbaik adalah susu FULL CREAM sebenarnya. LOW FAT tidak bagus…kerana tidak
      memberi khasiat kepada badan kita. (Jangan terpedaya dengan iklan)
ix. HARAM MAKAN/MINUM: Makanan segera misalnya KFC,MCD,MAGIE. Air manis pun tak payah!
    Minum air masak sudah cukup. COKLAT,GULA-GULA atau JAJAN pun elakkan.Jangan minum ais! Ais boleh membuncitkan perut anda. Satu lagi,elakkan makan kerepek...memang cepat naik berat badan tau!



3. Anda perlukan seseorang yang menjadi PENDORONG!! Carilah sesiapa yang sememangnya dapat memberika galakkan kepada anda agar berterusan berusaha untuk menurunkan berat badan. Paling penting sediakan ALAT PENIMBANG. Ianya boleh merangsang anda untuk gigih berusaha!



• Kesan yang MENAKJUBKAN!!!!

        Dalam masa hanya 4 BULAN, saya dapat menurunkan berat badan saya sehingga 13 Kilogram daripada 57 kilogram kepada 44 kilogram.. berat ideal saya sebenarnya 47 tetapi sengaja saya kurangkan kepada 44 kilogram kerana jika saya leka makan,makan,makan selama seminggu berat badan saya tidaklah lari jauh sangat masih lagi ditahap ideal kan?? Oleh itu,senang saya nak berdiet semula….Percayalah…semuanya adalah benar..tak perlu berbelanja besarkan??

Gambar dahulu dan sekarang (Malu nak tunjuk =P)





       Selepas 4 bulan saya makan nasi semula…wahh!! Memang rindu sangat nasi..sehinggalah sekarang dan berat badan saya masih maintain… tetapi kalau masa raya memang naik sekilo kenalah faham jogging semula..joging sahaja…tak perlu berlapar tanpa nasi… =P
Sebagai penutup,saya menyeru kepada rakan-rakan agar mencubanya..!! Ayuh!!


                                                                                                                                 -MIA MYASHIE-

Sunday, November 14, 2010

Eksperimental Cintamu~~




        “Ini lah rumah baru kita, sayang rasa selesa tak?” Tanya Harraz Idham kepada Nabila. Berkerut dahi Nabila apabila ditanya soalan sebegitu.
        “Mamat ni tak betul ke apa? Orang gila saja cakap tak suka dengan rumah yang besar ni,” omel Nabila di dalam hati.
        “Besar sangat! Macam seram je tengok rumah ni. Mesti banyak hantu,” jawab Nabila sedemikian kerana tidak mahu memuji kecantikkan rumah yang baru sahaja dibeli oleh Harraz Idham agar mereka dapat tinggal bersama-sama di situ agar Harraz Idham sakit hati lagi dengan kata-katanya.
        “Aha,tepat sekali! Rumah ni banyak hantu jantan.Kalau hantu jantan tentu dia tak nak ganggu abang dan semestinya dia nak ganggu sayang,” jawab Harraz Idham pula mahu menyakat isterinya yang sejak mula kahwin masih tidak mahu berbaik-baik dengannya.
        Walaupun mereka disatukan atas kemahuan keluarga mereka namun Harraz Idham mahu belajar menyayangi dan mencintai isteri yang baru dinikahinya itu dua minggu yang lepas. Dia rasa bersyukur kerana tuhan memanjangkan usianya untuk mengecap rasa nikmat berumah tangga. Biarlah siapa pun isterinya dia tetap menerimanya dengan seadanya. Baginya bukankah jodoh sudah lama ditentukan tuhan. Setiap manusia mempunyai pasangan masing-masing.
        “Hantu tu ah pon….! Mana dia nak dengan saya. Tentulah dia minat dengan awak!” Bidas Nabila tidak mahu menyerah kalah.Biar dia sakit hati! Itu impiannya! Rasa geram dengan emak dan abah yang telah memaksa dia berkahwin walhal umur baru sahaja menjangkau lapan belas tahun. Kalau dengan Alias tak mengapalah juga , ini dengan lelaki yang hampir-hampir jadi bujang terlajak.
         “Malas layan idea mengarut sayang tu. Apa kata sayang angkat beg sayang tu bawa masuk bilik kita,” kata Harraz Idham yang mengambil keputusan untuk mengalah. Kalau dilayan lagi pasti boleh jadi perang mulut antara mereka nanti.
         “Saya nak bilik lain,” Kata Nabila dengan tegas lalu menaiki tangga menuju ke tingkat atas.
         “Pintu bilik lain semua berkunci. Kuncinya dekat abang hanya bilik kita je yang tak berkunci,” laung Harraz Idham dan serta-merta kedengaran pintu bilik mereka dihempas dengan kuat. Harraz hanya ketawa kecil .
          Malam itu selesai makan malam, Nabila bercadang untuk terus masuk tidur sahaja. Rasa penat yang belum hilang sejak siang tadi kerana menolong Harras Idham mengangkat barang-barang dan mengemas rumah membuatkan minatnya terbantut untuk menonton televisyen. Harraz Idham pula tidak nampak penatnya kerana selesai sahaja makan terus dia menuju ke bilik bacaan mahu menyelesaikan tugas pejabatnya pula.
         “Haish…..kalau mamat tu sawan malam ni macam mana?Kalau kat rumah mak aku bolehlah aku warning dye nk jerit kalau dia buat sesuatu dekat aku tapi kalau dalam rumah ni?Matilah aku..” bebel Nabila di dalam bilik tidur mereka.Ke hulu ke hilir tak henti-henti mencari idea.
Nabila terpandang buku-buku kuliahnya yang cantik tersusun dalam rak buku di hujung penjuru bilik lantas jarinya dipetik!
          Dia menyusun semua buku-buku rujukannya itu di atas katil dibahagian tengahnya biar menjadi pembahagi antara tempat tidur dia dengan Harraz Idham. Kalau tidak tak pasal-pasal malam nanti dengan rasa suka hatinya Harraz Idham memeluk pinggangnya seperti selalu. Rimas! Kalau dulu hanya letak bantal golek tapi mesti Harraz Idham pantas mengalihkannya. Kali ini kalau diletak buku-buku yang banyak bertimbun macam tu mesti dia malas nak mengalihkannya sebab satu buku tu pun dah setebal kamus dewan! Fikir Nabila lalu membaringkan tubuhnya dalam rasa yang riang sekali. Siap lengkap berpakaian seluar jeans dan t-shir lengan panjang lagi!
          “Untuk keselamatan!”Jawab Nabila pada dirinya sendiri lantas menyelubung dirinya dalam selimut tebal sebelum melelapkan mata.
           Satu jam kemudian Harraz Idham masuk ke bilik tidur mereka setelah melihat kelibat Nabila tiada di ruang tamu kerana kebiasaan di rumah emak mertuanya, Nabila pasti menonton televisyen sehingga lewat malam. Dia memandang tubuh Nabila yang telah berbungkus dengan selimut dan………buku-buku yang sengaja disusun ditengah-tengah membuatkan Harraz Idham tepuk dahi seketika.
          “La…tidur rupanya.Aisey….terbantut lagilah pelan aku,” jawab Harraz Idham di dalam hati lalu dialihkan juga buku-buku tersebut. “Oo…ingat aku tak nak alihkanlah buku-buku dia yang berat ni,” kata Harraz Idham separuh berbisik. Setelah itu, merebahkan badannya di sisi Nabila lantas pinggang isterinya dirangkul seperti selalu.
            Pukul tiga pagi pasti Nabila akan terjaga seperti selalu.Sejak daripada kecil lagi sudah begitu. Kalau masa belum kahwin sudah pasti adiknya yang menjadi mangsa menemani Nabila sehinggalah dia dapat lelap semula. Kalau sekarang ni takkan nak kejutkan suaminya nanti jadi lain pula…………baik tak payah!
            “Ishh!!Tangan dia ni tak boleh duduk diam ke?Nak melingkar saja,” gerutu Nabila meleraikan pelukan suaminya itu dengan kasar lalu dia bingkas bangun mengambil bantal mahu tidur sahaja di ruang tamu. Sebenarnya rasa takut dalam hati menggunung-gunung mahu tidur seorang diri di ruang tamu lebih-lebih lagi rumah tersebut masih asing lagi bagi dirinya.
             Namun digagahkan juga kerana bencinya pada Harraz Idham. Rasa benci yang teramat sangat kerana Harraz Idham bersetuju dengan permintaan ibu bapa mereka walaupun Nabila cuba menghalang Harraz Idham daripada berbuat begitu. Alasan Harraz Idham tidak mahu melukakan hati kedua orang tua mereka. Walhal bagi Nabila,Harraz Idham sudah terdesak mahu berkahwin segera kerana takut digelar bujang lapuk!
            Pagi itu, Harraz Idham terjaga daripada tidurnya ketika azan subuh sedang berkumandang. Harraz Idham melihat Nabila tiada di sebelahnya. Sah! Isterinya itu pasti tidur di ruang tamu! Dia bangun dengan niat mahu mengejutkan isterinya untuk menunaikan solat subuh bersama-sama.
            Sedih melihat isterinya itu tidur tanpa berselimut pasti Nabila menahan kesejukkan sejak malam tadi tapi kelakarnya bagi Harraz Idham sebab Nabila sanggup tidur dengan memakai seluar jeans kerana alasan untuk menjaga keselamatan diri. Banyak betul taktik tak masuk akalnya itu!
           “Sayang,bangun..solat subuh sama-sama,” Harraz Idham menyentuh bahu isterinya itu dengan lembut. Nabila yang tersedar daripada lenanya pantas meraba-raba badannya takut jika dirinya telah diapa-apakan Harraz Idham.
           “Dah nak masuk tiga minggu pun masih tak percaya dekat abang ke?” Harraz Idham ketawa kuat. Nabila menjeling tajam.
           “Mana tahu kalau sawan awak tu dah datang!” Jawab Nabila bingkas bangun.
           “Sayanglah datang sawan.Pakai seluar jeans nak tidur,” perli Harraz Idham membuatkan Nabila rasa bengang.
           “Ada masalah?” Tanya Nabila tidak puas hati.
           “Ada masalah, sebab kan…susahnya nak buka!” Usik Harraz Idham tidak putus-putus.
           “Miang!” Itu sahaja jawapan yang mampu diberikan Nabila kerana tewas lawan bicara dengan suaminya itu.
           “Miang dengan isteri apa salahnya,” usik Harraz Idham lagi namun Nabila menutup kedua-dua lubang telinganya dengan jari telunjuk lalu berlalu dari situ.
            Petang itu seperti biasa setelah tamat kuliah,Nabila akan dijemput Harraz Idham untuk pulang ke rumah. Namun hati Harraz Idham sedikit terguris apabila melihat Nabila duduk berdua-duan dengan kekasihnya.Tidakkah dia tahu hukum-hakam dan batas-batas seorang perempuan setelah bergelar isteri kepada suaminya?
           “Kenapa nak rapat lagi dengan dia?Awak tu kan isteri saya,” tanya Harraz Idham apabila Nabila telah memasuki keretanya.
           “Kenapa tak boleh?Dia kekasih saya!Awak tu suami saya hanya atas kertas sahaja!” Bengang Nabila kerana merasakan Harraz Idham cuba mengawal dirinya.Pintu kereta tersebut ditutup dengan kasar bagai nak tercabut pintu kereta tersebut.
           “Walau atas kertas pun awak tu tetap isteri saya yang sah. Awak tahukan batas awak setelah menjadi isteri orang?” Ujar Harraz Idham lagi masih lembut nada tuturnya.
           “Hello…..saya tak perlukan ceramah agama percuma daripada awak okey!! Macamlah awak tu baik sangat. Awak tu memusnahkan,menghancurkan,meruntuhkan kebahagiaan saya! Awak ingat saya akan jatuh cinta dengan awak sebab awak kaya dan ada segala-galanya?Jangan harap! Satu lagi sampai bila-bila pun saya tak akan maafkan awak hingga hari kiamat datang sekalipun!” Kata Nabila pula separuh menjerit. Harraz Idham hanya diam sahaja lalu enjin kereta dihidupkan semula.
            Sampai sahaja di rumah, Nabila terus menuju ke tingkat atas tanpa menunggu Harraz Idham keluar daripada keretanya. Pintu bilik dikunci daripada dalam.Biarkan Harraz Idham tidak dapat masuk ke dalam bilik mereka. Rasa geram dan menyampah untuk berhadapan dengan suaminya itu. Sesuka hati mahu mengongkong hidupnya. Nasib baik esoknya tiada kuliah jadi bolehlah tidak berjumpa Harraz Idham satu hari. Baru hatinya dapat tenang. Biarkan Harraz Idham tidur dimana-mana yang dia mahu lagipun bukankah dia ada kunci bilik yang lain.
           “Sayang..turun makan.Abang ada beli nasi goring ni,” ajak Harraz Idham untuk makan bersama-sama namun tiada satu pun jawapan daripada Nabila.Dia tahu sudah tentu Nabila marah padanya tentang kejadian petang tadi walaupun sebenarnya kesalahan itu bukan sepatutnya pada bahunya tetapi pada Nabila.Namun kerana tidak mahu memperbesarkan hal tersebut dia mengalah juga.Asalkan Nabila tidak mengurung dirinya dalam bilik tersebut.
           “Sayang..abang minta maaf okey?” Harraz cuba memujuk isterinya dengan meminta maaf. Namun Nabila tetap membatukan diri di atas katil.Hatinya terlalu keras untuk dicairkan dengan kata-kata maaf daripada suaminya itu. Perasaan marah masih lagi membara dalam hatinya itu. Biar Harraz Idham rasa!Dia tak kenal lagi siapa sebenarnya Nabila Arisya!
           “Tak apalah kalau sayang marahkan abang lagi tapi janji dengan abang nanti turun makan. Abang risau kalau sayang tak makan,” kata Harraz Idham lalu pergi dari tempat tersebut.
           “Risau konon! Ingat aku nak cair dengan ayat dia tu??Blahlah!” Kata Nabila dalam hati lalu mencapai telefon bimbitnya dan terus didail nombor Alias. Beberapa kali dicuba namun taliannya terpaksa menunggu.
           “Bergayut dengan siapalah tu!” Bertambah lagi marah Nabila apabila gagal menelefon Alias. Esok sudah tentu dirinya akan menyoal siasat kekasihnya itu dengan siapa dia berbual.
Keesokkan harinya,pukul sebelas pagi barulah Nabila keluar daripada bilik tidurnya itu setelah pasti Harraz Idham tidak ada di rumah. Baru sahaja hendak melangkah,Nabila memandang pada kakinya.
           “Bunga?” Tanya Nabila perlahan kerana hairan melihat bunga ros putih diletakkan pada luar pintu bilik tidurnya. Namun dia sudah mengagak siapa pemberinya. Diambilnya jambangan bunga tersebut dan di dalamnya terselit sekeping kad kecil yang tertulis: Daripada suamimu.

Selamat pagi sayang,
Abang minta maaf pasal petang semalam.Baiklah,mulai hari ini abang tak nak ganggu apa
yang saya buat Cuma jagalah nama abang baik-baik sebagai suami sayang.
Lagi satu malam ni janganlah kunci pintu bilik lagi, abang rindu nak tengok rambut sayang
yang cantik tu.

         “Oo..rindu nak tengok rambut aku cantik..jagalah kau!Kejap lagi tahulah apa aku nak buat.Biar kau tak rindu nak tengok rambut aku lagi! Rambut aku ni bukan untuk tatapan kau tapi untuk Alias!!” Jawab Nabila dalam hati. Cepat-cepat dia menuruni anak tangga untuk mengambil gunting yang tersimpan dalam laci di dapur.Bunga ros tersebut dicampakkan sahaja ke dalam tong sampah.
         “Sayang! Kenapa gunting rambut sampai pendek macam tu?” Terkejut Harraz Idham melihat Nabila yang tiba-tiba sahaja rambutnya dipotong pendek. “ Abang suka rambut sayang panjang,” katanya lagi.
         “Suka hatilah nak potong ke tak nak potong. Tak ingat apa yang awak tulis dalam kad tu?” Tanya Nabila padanya.
         “Okey,okey tapi tolonglah sayang lepas ni jangan potong pendek lagi. Nama Nabila tak sesuai tau rambut pendek.kena rambut panjang baru ayu macam namanya,” puji Harraz Idham membuatkan tekak Nabila rasa nak loya.
         “Uwekkkk..nak loya tekak ni.Tak payahlah puji-puji saya meluat dengar,” kata Nabila sedikit sebanyak Harraz Idham berkecil hati. “Apa pandang-pandang lagi?Dahlah bau hapak sebatu boleh bau,” kata Nabila lagi mahu menyakitkan hati Harraz Idham di petang itu. Dia bangun mahu berlalu namun Harraz Idham sempat bersuara.
          “Tolong masakkan untuk abang.Abang laparlah sayang,” kata Harraz Idham cuba menyembunyikan perasaannya yang agak terluka dengan kata-kata Nabila tadi.
            Nabila memusing badannya ke belakang menghadap Harraz Idham. “Dah tua-tua pun tak reti masak?? Kalau kahwin sebab nak suruh bini jadi tukang masak,baik tak payah kahwin!” Herdik Nabila begitu kurang ajar sekali kata-kata yang dilontarkannya kepada Harraz Idham.
            Cepat-cepat Harraz Idham beristighfar panjang di dalam hati cuba menenangkan dirinya yang benar-benar makin terluka.
           Nabila menghilangkan diri entah ke mana selepas itu dan Harraz Idham menjengah ke dapur mencari-cari apa-apa bahan yang boleh dimasak malam itu.Perutnya benar-benar lapar sekali.Baru mahu berbaik-baik dengan isterinya namun hati Nabila masih lagi marah padanya.
           Masuk sahaja ke ruang dapur,Harraz Idham terpandang jambangan bunga yang penat-penat dibelinya pada malam itu, dibuang sahaja Nabila ke dalam tong sampah. Semakin terguris perasaan Harraz Idham hinggakan dia merasa berputus asa untuk meneruskan lagi perkahwinan yang baru saja dikecapi tidak pun sampai lima bulan usia perkahwinan mereka.
          Namun,dia masih lagi cuba bertahan menunggu hati Nabila berubah. Dia tahu Nabila masih belum matang untuk menghadapi alam perkahwinan ini. Dia berjanji dalam hati akan cuba mendidik Nabila menjadi isteri yang solehah.
          Esoknya seperti biasa Harraz Idham datang menjemput Nabila di kolejnya. Harraz melihat Nabila duduk di perhentian bas di luar kolej seperti biasa dengan kekasihnya itu. Waktu itu,hujan turun dengan lebatnya membuatkan tiada orang awam berlegar di kawasan tersebut melainkan Nabila dengan Alias sahaja.
          Daripada cermin tingkap,Harraz Idham perasan Alias cuba menciumi pipi Nabila. Pantas Harraz Idham keluar daripada keretanya walaupun hujan turun begitu lebat. Hatinya panas membara melihat lelaki cuba menyentuh isterinya sedangkan dia tidak pernah diberi peluang berbuat begitu.
          “Hei! Kau tak tahu ke perempuan ni bini aku?Berani kau buat tak senonoh dengan dia.” Tinggi suara Harraz Idham hinggakan Alias tidak sempat berbuat seperti yang diharap-harapkan selama ini. Muka Nabila pula pucat lesi nampaknya kerana Harraz Idham nampak apa yang cuba dilakukan oleh Alias sebentar tadi.
            “Apa kau kisah?Dia kekasih aku.Lagipun dia ni tak sukakan kau!Kau yang rampas dia daripada aku!” Alias juga meninggikan suaranya walaupun dia tahu Harraz Idham lebih tua usianya daripadanya.
            “Dia bini aku.Aku tak pernah pun sentuh dia,” jawab Harraz Idham lagi. Nabila hanya diam sahaja kerana tahu apa yang mereka lakukan tadi adalah salah. Pasti Harraz Idham akan memberitahu kedua-dua ibu bapanya.Jika itu terjadi pasti mati dikerjakan ayahnya yang sememangnya garang itu.
             “Peduli apa aku. Dia tak bagi kau sentuh dia sebab kau tu dah tua.Apa kuat sangatlah tenaga kau tu nak layan dia,” kata Alias membuatkan api jantan Harraz Idham semakin mahu meletus namun cuba dia bertahan kerana tidak mahu mencari pasal dengan budak hingusan seperti Alias.
              Pantas tangan Nabila ditariknya dengan kasar. “Jom balik!” Arah Harraz Idham kepada Nabila yang daripada tadi hanya diam membisu sahaja.
              Namun belum sempat Harraz Idham berlalu satu tumbukan singgah dibibirnya. Terjatuh tubuh Harraz Idham akibat tumbukan yang begitu kuat daripada Alias.Nabila terkejut kerana Alias sanggup bebruat demikian.Namun pada siapakah harus disebelahinya?kekasihnya kah?Atau pada suaminya yang tiba-tiba timbul rasa simpati dibelasah oleh teman lelakinya.
             Tidak cukup dengan itu,perut Harraz Idham sengaja dipijak Alias kemudian disepak-sepak semahu-mahunya bagaikan dirinya dirasuki syaitan. Nabila yang melihatnya menangis semahu-mahunya melihat Harraz Idham diperlakukan sebegitu.
            “Rasakan! Baru puas hati aku selama ini!” Kata Alias yang merasakan dendamnya kini terbalas. Harraz Idham tidak mahu membalas kerana kalau ikutkan tenaganya yang jauh lebih kuat daripada budak hingusan tersebut sudah pasti dikerjakan Alias sehingga budak itu masuk ICU. Bibirnya yang lebam itu tidaklah sakit mana daripada melihat isterinya yang sedikit pun tidak merasa kasihan melihatnya diperlakukan begitu. Mungkin Nabila rasa gembira dan hatinya bersorak melihat Harraz Idham dibelasah teruk begitu.
             Harraz Idham bingkas bangun. Alias pula tiba-tiba kecut perut kerana merasakan Harraz Idham mahu memukulnya namun andaiannya itu meleset sama sekali.
            “Nabila,kalau kau agungkan sangat kekasih kau selama ni kau silap! Lelaki macam ni kau nak jadikan suami?Silap-silap kau pun dibelasahnya!” Kata Harraz Idham dengan kasar sekali sebelum berlalu meninggalkan Nabila dan Alias.
             “Kenapa kau belasah dia?” Tanya Nabila dengan marah.
             “Ada masalah ke sayang?Dia yang cari pasal. Tak bangga ke dengan pakwe you ni yang dapat ajar dia cukup-cukup?” Kata Alias dengan nada bangga dapat menjatuhkan air muka Harraz Idham tadi. Kalau ada orang yang tengok tadi mesti Harraz Idham rasa malu kerana dibelasah dengan lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.
             “Aku tak pernah minta kau buat macam tu pada dia.Kasihan Harraz,” kata Nabila lagi.
            “Aik..you sokong dia nampak..janganlah macam tu sayang. Sudahlah, suami you dah balik. Tadi tergendala urusan I nak cium you,” pujuk Alias lalu menarik tangan Nabila.
            “lepaslah! Aku benci orang macam kau.Pentingkan diri,tak berperikemanusiaan langsung!” Jawab Nabila sambil merentap tangannya daripada cuba dipegang Alias. Dia segera berlari sekuat-kuatnta dalam hujan yang lebat. Telinganya buat-buat tak dengar Alias menjerit memanggil namanya. Biarlah hujan,biarlah jauh rumahnya sekalipun dia tetap terus berlari untuk pulang ke rumah kerana hatinya terpagut rasa bimbang tentang keadaan suaminya.
            Sampai di rumah keadaan diri Nabila basah kuyup,dia cuba menahan diri yang sedang kesejukkan itu. Kelihatan Harraz Idham di ruang tamu sedah menyapu ubat dibibirnya yang lebam sedikit itu. Nabila segera menghampiri Harraz Idham.
           “Awak okey?Biar saya tolong,” jawab Nabila yang mahu mengambil kapas daripada tangan Harraz Idham tapi Harraz Idham terus bangun masuk ke dalam bilik. Pintu biliknya sengaja dihempas dengan begitu kuat biar Nabila tahu dia sedang marah yang amat sangat. Nabila tahu Harraz Idham kini sudah membenci dirinya. Dia tahu dia telah membuat satu kesilapan besar dan dosa besar pada suaminya. Malam itu, Nabila pula terpaksa tidur di luar namun dia tidak kisah asalkan Harraz Idham mahu memaafkan kesalahannya.
              Tepat pukul tujuh pagi Nabila terjaga daripada tidurnya. Dia bangun mahu menyediakan sarapan untuk Harraz Idham.Dia mahu Harraz Idham berbaik-baik semula dengannya. Namun apabila Nabila melihat ke dalam bilik tidur mereka, Harraz Idham sudah tiada lagi. Keretanya juga sudah tiada.
             “Menyampahkah dia dengan aku?” Tanya Nabila dalam hati. Dia hairan pagi-pagi lagi Harraz Idham sudah tiada sedangkan dia sudah maklum hari ni Harraz Idham tidak berkerja. Pada sebelah malam pula Nabila menyediakan makan malam untuk mereka berdua makan bersama.Panggilan yang bordering sejak tadi tidak mahu diangkat kerana Alias yang menghubunginya. Dia mahu menjauhkan diri daripada Alias mulai hari ini kerana sejak petang itu dia mulai sedar yang Alias bukanlah lelaki baik seperti yang disangka selama ini.
              Jam hampir menunjukkan pukul dua belas malam namun Harraz Idham tidak pulang-pulang juga hinggan Nabila terlena di meja makan. Esoknya Nabila sedar Harraz Idham pulang ke rumah pada malam itu cuma dia tidak tahu pukul berapa kerana baju kotor Harraz Idham ada di dalam bakul tersebut. Hampir sebulan Harraz Idham bersikap menjauhkan diri daripada Nabila. Keluar awal pagi pulang lewat malam,tidak sedikitpun Nabila melihat kehadirannya di rumah itu. Lama-lama begitu membuatkan Nabila rindu pada suaminya. Selalu Nabila melihat album perkahwinan mereka yang selama ini dia sengaja menyorokkan di bawah katil.
             Hati Nabila terlalu sedih mengenangkan apa yang telah dilakukan oleh Harraz Idham namun dia tahu semua salahnya. Dia berterima kasih pada Harraz Idham kerana hal ini tidak pun diketahuinya olehnya kerana tempoh hari emaknya ada menelefon menanyakan khabar.Dia terpaksa berbohong yang Harraz Idham keluar berjumpa dengan kawan sedangkan dia tidak tahu Harraz Idham hilang entah ke mana.
            Lewat petang itu, Nabila tidak menyangka Harraz Idham akan pulang ke rumah awal daripada yang sebelumnya. Seperti biasa Nabila sudah pun menyiapkan makan malam untuknya. Keadaan Harraz Idham selamba sahaja, berjalan menuju ke tingkat atas sambil bersiul-siul seolah-olah tiada apa pun yang berlaku. Hati Nabila rasa terguris sedikit kerana kewujudannya di situ tidak dihiraukan suaminya.
            "Abang,makanlah lepas ni. Sayang dah sediakan makan malam untuk abang,” kata Nabila tiba-tiba telah menukar panggilan kata ganti dirinya dan juga kepada Harraz Idham. Namun Harraz Idham buat-buat tak dengar seperti biasa.
             Setengah jam kemudian,Harraz Idham turun ke bawah selepas menunaikan solat maghrib. “Apa yang kau masak?Aku lapar ni!” Tanya Harraz Idham dengan kasar.
             “Nasi dengan kari ikan,” jawab Nabila segera menyendukkan nasi untuk suaminya. Selepas itu diletakkan pula lauk kari ikan ke dalam pinggan Harraz Idham. Harraz Idham segera menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
              Tiba-tiba Harraz Idham meludah semula nasi yang dimakan ke dalam pinggannya. “Ini kari ke lauk air kosong??” Herdik Harraz Idham padanya. Bergenang air mata Nabila apabila Harraz Idham begitu dan kemudian mengherdiknya seperti seorang hamba.
              “Aku kahwin dengan kau sebab nak buat kau jadi tukang masak! Jadi masaklah sedap-sedap!Bodoh!Dah lapan belas tahun pun tak reti masak??Apa guna aku kahwin dengan kau??” Jerkah Harraz Idham tanpa kasihan lantas pinggan mangkuk yang berada di atas meja dilemparkan ke lantai. Nabila segera menutup kedua-dua telinganya mendengar bunyi pinggan-pinggan kaca yang telah pecah berderai itu. Nabila mula menangis teresak-esak kerana tak pernah dimarahi Harraz Idham sedemikian rupa.
              “Kalau kau tak reti masak sedap-sedap baik kau berambus dari rumah aku ni! Berambus sekarang!Aku tak nak tengok muka kau!” Herdik Harraz Idham lagi kemudia dia masuk ke bilik semula. Tinggallah Nabila di situ seorang diri.Dia tahu kini Harraz Idham benar-benar tidak memerlukannya sebab itulah Harraz Idham tidak kisah tidak berada di rumah untuk bersama dengannya.
               Sebelum Nabila pergi biarlah dia tunggu di luar rumah dahulu mengharapkan Harraz Idham datang kepadanya namun sekiranya tidak dia akan pergi untuk selama-lamanya.
               Harraz Idham melihat ke luar tingkap kelihatan Nabila seperti orang bodoh berdiri di luar.Hari mulai hujan rintik-rintik namun ego Harraz Idham masih tinggi.Dia membiarkan Nabila di luar sana. Dia berbaring sendirian di atas katil lalu terlena.
              Tidak lama kemudian,Harraz Idham tersedar akibat dentuman kilat yang sungguh kuat. Dia segera bangun daripada katil dan melihat ke jendela. Nabila masih di situ! Gila!!Segera dia berlari turun ke bawah takut-takut sesuatu yang buruk terjadi pada Nabila.
             Dia berlari ke luar menarik tangan Nabila untuk masuk ke dalam rumah. “Gila apa!” Marah Harraz Idham yang turut sama basah dalam hujan. Nabila lantas memeluk tubuh Harraz Idham semahu-mahunya.
           “Maafkan sayang abang,abang janganlah tinggalkan sayang. Sayang tahu sayang banyak salah dnegan abang selama ni,sayang tahu sayang banyak buat dosa dengan abang.Sayang minta ampun abang.Sayang janji sayang tak buat lagi.Andai abang maafkan sayang saya rela dipanah petir asalkan sayang mati dalam keadaan abang sudah maafkan abang,” rayu Nabila dalam tangisnya. Harraz Idham menarik tangannya masuk ke dalam rumah.
           “Gila apa buat macam ni? Kalau apa-apa jadi dekat sayang macam mana?” Tanya Harraz Idham yang sebenarnya terlalu risau pada gadis itu. Dia tidak mahu apa-apa yang buruk terjadi pada Nabila.
           “Abang kalau abang tak boleh terima sayang lagi tak mengapa tapi maafkan sayang..sayang rayu,” tiba-tiba Nabila melutut di kaki suaminya membuatkan Harraz Idham rasa serba salah kerana sebegitu sekali Nabila merayu padanya.
           Harraz Idham pantas menjauhkan kakinya daripada disentuh Nabila. “Abang maafkan sekarang pergilah Nabila ke mana-mana yang Nabila nak.Abang rela,” kata Harraz Idham lagi.
           “Abang selama ini sayang pergi ke dalam hidup Alias tapi sebenarnya sayang telah buat kesilapan.Andai abang izinkan suatu hari nanti sayang mahu pergi ke dalam hidup abang.Maafkan sayang atas segala-galanya,” kata Nabila lalu mahu pergi dari situ. Lembut sudah ego Harraz Idham mendengar kata-kata daripada bibir Nabila.
           “Abang izinkan,” jawab Harraz Idham membuatkan Nabila memandang ke belakang.Memandangnya penuh tanda tanya adakah dia silap dengar.
           “Abang izinkan saya kembali dalam hidup abang,” ulang Harraz Idham panjang. Nabila segera memeluk tubuh suaminya itu dengan sesungguh-sungguhnya dan begitu juga Harraz Idham.
            “Sayang minta maaf abang.Sayang janji takkan ulangi lagi kesilapan sayang,” bicara Nabila sejujurnya.
            “Shhh…jangan cakap lagi.Mulai hari ni kita bina hidup baru ya sayang.Abang dah dapat Nabila, lepas ni kalau Alias cari pasal lagi abang tak teragak-agak nak belasah dia. Maafkan abang sayang,selama ni abang nak uji sama ada abang buat macam ni sayang boleh tak hidup tanpa abang” kata Harraz Idham mahu menceriakan hati Nabila yang sedang berduka itu.
            “Tak mahulah macam tu,ee..orang dah terlalu cinta sangat dengan abang tau! Tak boleh hidup tanpa abang,” jawab Nabila lalu satu cubitan singgah di bahu Harraz Idham.
            “Aduuuuhhh..sakitnya perut ni…!!” Harraz Idham pura-pura menjerit.
            “Eeeee..orang cubit bahu dia rasa sakit dekat perut pula,” jawab Nabila.
            “Bukan sakit sebab kena cubitlah..sakit sebab lapooorrr…,” kata Harraz Idham pula sambil tersenyum. “Nak makan kari ikan sayang..sedaplah sebenarnya.”
            “Tadi kata tak sedap.Siap buang kat lantai lagi,” balas Nabila.
            “Abang berlakon je.Pandai tak abang berlakon?? Eksperimen abang selama ni berjaya membuktikan hipotesis abang tu betul : semakin abang menjauh semakin sayang perlukan abang,kan-kan?” Tanya Harraz Idham padanya. Namun Nabila buat tak tahu sahaja lalu beredar dari situ tidak mahu menjawab pertanyaan suaminya yang mengarut itu.
             “Nak pergi mana tu?” Tanya Harraz Idham terpinga-pinga.
             “Nak pergi dapurlah.Kata nak makan kari ikan,” jawab Nabila ketawa kecil.
             “Tunggulah abang..nak ikut juga pergi dapur,”laung Harraz Idham membuntuti isterinya daripada belakang lantas diraih pinggang isterinya itu. Bahagia hati Nabila disayangi sebegitu rupa.

Saturday, November 6, 2010

Bahagia Pasti Datang...!!~~




  “Aku suka kau.Kita couple boleh?Tolonglah,tolonglah….” Rayu Irfan bersungguh-sungguh. Tak sanggup Irfan berputih mata kali ini. Iman pula terkejut  tatkala mendengar pengakuan eksklusif daripada bibir Irfan sebentar tadi. Makin berpeluh-peluh Iman dibuatnya.
     Sudahlah petang ni cuaca panas terik ditambah pula mendengar kata-kata Irfan seakan-akan merasakan dirinya terkena renjatan elektrik. Namun, Iman suka mendengarnya..riang!Berbunga-bunga sudah taman hatinya.Oops.. couple Iman? Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.
    “Hello…Iman?Kau dengar tak aku cakap apa tadi?Oi!” Irfan melambai-lambai tangannya pada wajah Iman membuatkan Iman tersedar daripada lamunannya tadi. Alamak! Mesti  Irfan perasan Iman mengelamun tadi.
     “Err..ya?” Itu sahaja yang mampu Iman ucapkan.
     “Mengelamun saja kau ni!Kau suka aku tak?” Tanya Irfan pada Iman. Ish,gelojoh Irfan ni!Tak reti ke Irfan nak gunakan ayat-ayat yang romantik kalau nak tanya soalan-soalan macam tu?
      “Suka,” jawab Iman hanya pendek dan bersahaja saja muka Iman. Yalah,takkan lah nak pancarkan rasa seronoknya hati dekat muka yang sudah banyak tumbuh jerawat-jerawat batu yang merah menyala warnanya. Lepas itu nak aplikasikan pergerakkan asas lokomotor yang pernah dipelajari dengan melompat-lompat kegembiraan..yewwww!!Iman malulah..nanti Irfan tukar fikiran pula tengok Iman yang  macam monyet dalam zoo  terlompat-lompat sebab dapat buah pisang.
     “Kalau macam tu kita couple.Boleh?Bolehlah…” Irfan bertanya lagi buat kali yang kedua. Aduhai..tang Tanya suka bolehlah Iman jawab tapi tang couple ni?Parahlah…nak jawab apa?Idea..idea tolonglah datang…tolonglah..em..aha!
      “Boleh tapi ada syarat-syaratnya,” kata Iman. Berkerut dahi Irfan mendengar jawapan daripada Iman. Bercouple pun kena ada syarat juga? Pening Irfan dibuat Iman. Kalau tak diikutkan ragamnya yang gila sejak dulu lagi tu melepaslah Irfan buat kali yang kedua.
      “Okeylah.Apa dia?Banyak songeh! Macam aku nak couple dengan anak raja saja,” Irfan menjawab serentak Iman menjelirkan lidah padanya. Ewahhh!
     “Baiklah.Sila setuju dulu sebelum Iman mengutarakan syarat sah percouplelan kita,” arah Iman pada Irfan. Amboi..sesuka hati dia saja merosakkan bahasa. Sudahlah minta macam-macam belum lagi kalau bab nak meminang. Jambatan Gombak kot dia minta agaknya nanti.Pening sampai esoklah kepala Irfan..
     “Yalah,setuju…” lemah Irfan menjawab. Susah melayan kerenah orang perempuan ni.Agaknya kalau dia mengandung lagi macam-macam kerenah kot. Eh..jauh pulak lajaknya..hee…
     “Bagus!” Iman menunjukkan ibu jarinya pada Irfan sebelum meneruskan kata-katanya. “Okey,sila dengar baik-baik.Kita boleh couple tapi kena patuhi tiga syarat. Syarat-syarat ini hanya perlu dipatuhi selama dua tahun. Syarat-syaratnya adalah……….

  • Tak boleh telefon,
  • Tak boleh mesej,
  • Tak boleh keluar ajak date,

          Itu sahaja,terima kasih,” ujar Iman seraya membongkokkan badannya seolah memberi tanda hormat dalam bentuk budaya orang Jepun.
          “Mak ai….tu couple jenis apa?” Rungut Irfan. Nak buat bagaimana lagi,dah setuju terpaksalah akur. Oleh sebab tak mahu melepas lagi terpaksalah ikut.
          “Itu couple ikut syariat!Okeylah Iman nak balik.Jumpa lagi.” Pandailah Iman! Sejak bila ada couple ikut syariat tapi baguslah buat syarat macam tu sebab nanti kalau tak ada jodoh yang panjang untuk ke jinjang pelamin tak adalah kecewa menonggeng lepas tu guling-guling atas katil macam kes Iman dengan……tetttt!!
          Iman lantas menggalas begnya lalu disilangkan ke bahagian tepi kiri badan. Irfan hanya menjadi pemerhati sahaja sehinggalah Iman mula mengatur langkah mahu pulang ke rumah kerana hari sudah pun lewat petang. Sang matahari pun nak pulang dari pejabat. Cukuplah berkerja daripada jam lapan pagi hingga lima petang lepas tu buat OT sampai enam petang.
       “Hati-hati awak,” laung Irfan kuat agar Iman yang kian jauh mendengar suaranya.
      “Awak…?Sejak bila tukar panggilan ni..heee..,” Tanya Iman dalam hati. “Baik awak…”jawab Iman dalam hati.Tersengih-sengih Iman macam kerang busuk seorang diri.Kalau orang nampak mesti malu sebab kena bahan.
     “Wah..wah..kecewa dengan Zarif dulu pun masih semangat lagi nak bercinta?” Tanya Hani pada Iman sewaktu makan di kafeteria.
     “Eh,Iman kecewa dulu saja tapi sekarang dah okey.Iman taklah macam perempuan lain yang nak kecewa bertahun-tahun lepas tu anti lelaki sampai tak kahwin tak pun terus tukar perasaan suka dekat sesame jenis.Iman tak macam tu.Lagipun Hani kan tahu Iman suka Irfan dah lama kan sebelum Iman terima Zarif lagi,” jawab Iman lalu menyedut air sirap yang masih penuh  lagi di dalam gelas.
     “Tapi kan Iman..tak kasihan ke dekat Irfan?” Tanya Hani lagi.
     “Kasihan?Oo..pasal Iman buat syarat-syarat tu?Hani,dengar sini okey.Walaupun Iman tak kecewa tapi Iman tak naklah dikecewakan lagi oleh lelaki. Sekurang-kurangnya kan Iman tak terkedu nanti kalau Irfan tinggalkan Iman. Dulu Iman sanggup tukar pelan postpaid Celcom sebab Iman nak mesej dua puluh empat jam,bergayut siang malam macam kera dengan Zarif. Keluar bercengkerama sampai malam tapi dalam diam Zarif pasang perempuan lain.Sedih Iman tau,” terang Iman kepada Hani biar Hani tak menganggap dirinya berlaku kejam pada Irfan.
     “Em,baguslah Iman berniat macam tu.Harap-harap Iman sayangkan Irfan sungguh-sungguh.Tak main-mainkan perasaan Irfan,” kata Hani pula yang sebenarnya dalam diam tidak bersetuju dengan cara Iman. Kasihan Hani melihat Irfan yang selalu menegur Iman tapi Iman buat tak tahu sahaja. Benarkan Iman sukakan Irfan?Atau sengaja memainkan perasaan lelaki? Mesti sepanjang lima bulan mereka distatuskan sebagai pasangan,Irfan banyak berkecil hati dengan Iman.
     “Hani..Iman sayang sangat-sangat dengan Irfan,percayalah.Iman tahu apa yang Iman buat ni untuk kebaikan hubungan kami juga,” terang Iman lagi. Dalam hati Iman tahu Hani tak suka Iman membuat syarat pada Irfan.
      “Iman,awak sihat?Lama tak jumpakan?Saya baru balik dari Temerloh buat kajian untuk projek saya,” tegur Irfan yang entah dari mana munculnya.
      “Oh,Irfan.Iman sihat  err..a’ah lama kan tak jumpa,” jawab Iman agak terperanjat melihat kehadiran Irfan di depan matanya. Iman yang seperti biasa mahu mengelak daripada bertemu lama-lama dengan Irfan cepat-cepat menarik tangan Hani untuk pergi dari situ. “Maaf Irfan,kelas Iman dah mula. Iman, pergi dulu,”ucap Iman lekas-lekas meninggalkan Irfan yang terpinga-pinga. Hani menggeleng-gelengkan kepala melihat perlakuan Iman pada Irfan.Kasihan Irfan,dia benar-benar menyayangi gadis bernama Iman.Sedangkah Iman?Entahlah..

     15 April 2007 : 8.30 malam
     Melihat wajahmu muncul tiba-tiba dihadapanku buat hatiku sungguh berdebar-debar. Seminggu aku      
     Menanti dirimu kembali.Irfan,maafkan Iman berbuat begini kerana sayang dan cintalah Iman
     terpaksa melukakan hati Irfan.Iman tahu tentu Irfan banyak berkecil hati dengan Iman. Biarlah orang
     nak kata apa walau Hani pun tidak mengerti. Iman tahu tuhan sentiasa berada di sisi dan dengan doa
     setiap hari  insyaallah tuhan izinkan kita menyatu hati suatu hari nanti….
    
         Iman mendakap diarinya sekuat hati agar dapat menahan rindunya pada Irfan. Harapannya moga Irfan malam itu turut sama merinduinya,merasakan rasa yang sama. Membayangkan Irfan buat dirinya terlena diulit mimpi bahagia…
        “Aku tak tahulah nak cakap apa lagi pada kau ni. Agaknya kau ni dah kena guna-guna dengan si Iman tu kot,” kata Faris yang sejak dari tadi melihat Irfan termenung. Seperti biasalah ter “kecil hati” dengan budak Iman tulah apa lagi.
        “Mengarutlah kau. Entahlah,aku bingunglah.Aku tahulah kena ikut syarat-syarat tu tapi melampaulah sampai tegur dalam kampus pun dia buat muka selamba dia tu. Bosan tau ada awek macam tu.Dia tak tahu ke aku ni macam nak gila sayangkan dia?” Luah Irfan lalu mencampakkan bantal kecil berbentuk empat segi ke lantai.
             “Kau yang nak sangat dia.Dulu kata tak kisah ikut syarat-syarat tu asalkan dapat memiliki hati Iman Hazirah Binti Ahmad  tu.” Kata Faris dengan nada bersajak  sambil berdiri.Siap buat gaya untuk memerli Irfan. Lantas satu bantal tepat,jitu mengena muka Faris akibat balingan padu daripada Irfan yang sememangnya juara memanah itu.
            “Aduh!” Faris mengusap kepalanya yang sakit juga rasanya terkena bantal yang dibaling Irfan sebentar tadi. “Kot ye pun nak berlatih lontar peluru janganlah muka aku jadi sasaran,” jawab Faris tidak marah sebab dia tahu salahnya memerli Irfan.
          “Padan muka!Rasakan penangan aku,siapa suruh perli baik dekat aku,” kata Irfan sambil ketawa berdekah-dekah.
          “Yalah,yalah..aku minta maaf. Wei…aku ada idea macam mana nak bagi Iman tu tarik balik syarat dia tu,” cadang Faris mahu membantu Irfan.
          “Apa dia?Kasi bisik kat telinga gua,” kata Irfan yang menunjukkan rasa minat.
          “Ika,salahlah…biar Irfan ajar ya,” jawab Irfan sengaja menguatkan suaranya agar Iman mendengar apa yang dituturnya.
           “Macam kenal suara tu…..” bisik Iman dalam hati cepat-cepat dia berpusing ke belakang. Sah! Memang Irfan! Tapi dengan siapa dia tidak pasti. Kenapa dia dengan perempuan tu? Apa dia buat dengan perempuan?Macam-macam persoalan menerjah fikiran Iman.Hatinya pula diterjah perasaan cemburu hinggakan hidung kembang-kempis menahan marah.
          “Mungkin kawan kot…” Iman cuba membuat andaian positif. Siapa tak marah kalau buah hati bersama orang lain.Bukan main mesra siap perempuan tu main cubit-cubit. Iman menghayun langkahnya cepat-cepat meninggalkan rak buku bahasa dan tanpa disedari Irfan tersenyum-senyum memandangnya. Yes! Babak satu  beres!!
          Dah dua bulan Irfan tidak kelihatan membuatkan Iman jadi resah dan tidak tentu arah jadinya. Hatinya terlalu rindu dan sekiranya dapat menatap wajah Irfan sudah cukup untuk menyembuhkan rindu yang kian membuak-buak dalam ruang hatinya itu.
           Mungkinkah Irfan sudah berubah hati? Mungkinkah perempuan itu kekasih baharu Irfan? Atau Irfan sibuk dengan tugasannya? Sedaya upaya Iman cuba berfikir rasional tidak mahu buruk sangka pada Irfan.
          Kelibat Hani muncul daripada celah-celah orang ramai yang sedang berasak-asak berjalan ke sana ke mari di dalam pusat belah yang terbesar di bandar itu. Padanlah ramai orang hari ini sebab semalam gaji sudah keluar, hari ini pun hari sabtu rata-ratanya tidak berkerja jadi masa inilah mereka mahu membeli barang keperluan rumah.
        “Ha!Lambat sepuluh saat!” Gurauku pada Hani.Dia mencebik bibirnya.
        “Sepuluh saat pun kira lambat ke?Adoii…” kata Hani pada Iman. Iman ketawa menampakkan baris giginya yang putih tersusun.
        “Hani tahukan Iman bergurau.Jangan ambil hati kawan.Datang bulan ke?” Usik Iman lagi.Kedengaran kuat suaranya.
        “Shhh..kau ni kuat sangatlah cakap!Malulah orang dengar  pasal datang bulan ni,” cepat-cepat Hani menekup mulut Iman hingga sesak nafas dibuatnya sebab ditekup dengan kuat dek tangan Hani. Pantas Iman menarik tangan Hani daripada terus berbuat begitu.
          “Ushh..boleh mati Iman, tahu tak?” Kata Iman pada Hani.Hani pula ketawa macam balas balik sahaja.
           “Aku pun bergurau juga..sudahlah,kata nak pergi cari buku, jomla.” Ajak Hani tanpa melengahkan masa lagi. Iman hanya menurut beriringan menuju ke kedai buku MPH.
           “Hani……..,” lembut suara Iman berbisik pada rakannya itu.
           “Kenapa?Pucat semacam muka kau,” Tanya Hani memandang muka Iman yang sudah  berubah pucat lesi itu.
          “Tu…..,” tunjuk Iman ke arah Irfan yang sedang berada dalam kedai buku popular itu. Buat Iman terkejut sangat sebab Irfan bersama dengan perempuan yang sama di perpustakaan kampusnya dua bulan yang lepas. Cemburu makin melanda hatinya ditambah sakit hati melihat tangan perempuan tersebut melekat kuat di lengan Irfan.
            “Kita pergi cari buku lain kalilah Hani,” kata Iman dengan nada sedih bunyinya. Hani tahu Iman sedang cemburu.
             Malam itu Iman diam sahaja.Tidak bercakap langsung dengan Hani sejak petang tadi lagi. Nasi bungkus yang dibelinya sudah lama sejuk itu tidak dijamah langsung.
             “Iman,makanlah nanti perut kau masuk angin,” pujuk Hani lagi.Sudah puas dia memujuk sahabat baiknya itu makan namun Iman tetap diam seribu bahasa. Susah hati melihat perlakuan Iman yang hanya termenung,diam tapi tidak pun menangis.Itu yang buatkan Hani bertambah bimbang.
             “Iman,kalau aku cakap janganlah marah okey. Sebenarnya kalau betul pun Irfan main kayu tiga kau tak boleh salahkan Irfan.Mungkin dia tak dapat terima lagi apa yang kau buat pada dia,” kata Hani bukan mahu menyakiti hati rakannya itu tapi mahu cuba membetulkan tindakan Iman yang selama ini salah.  “Mungkin kau boleh bertahan dengan cara yang kau putuskan tapi tentu dia tak boleh.Tentu dia terima sebab tak nak kehilangan kau lagi sebab dulu kau pilih Zarif,” Hani menyambung semula kata-katanya.
            “Tapi dia dah setuju dulu kenapa sekarang dia nak menyesal?Hani tahukan apa sebab Iman buat semua ni?” Tiba-tiba Iman bersuara.
            “Memanglah Iman tapi dia tak tahukan sebab apa? Mungkin dia rasa Iman tak suka dia dan mainkan hati dia sebab bila dia tegur Iman buat tak tahu saja,” Jawab Hani pula.
            “Memanglah dia tak tahu sebab apa tapi dia tahukan tiga syarat tu?” Kata Iman tak mahu kalah.
            “Iman,Iman..tiga syarat tu bukankah tak boleh telefon,mesej dengan keluar date?Tu saja kan? Kalau tegur dekat kampus tu termasuk dalam syarat kau ke?” Soal Hani buat Iman berfikir seketika.
           “Iman tahu Iman salah.Jadi apa Iman nak buat?” Iman mengeluh panjang sambil memeluk kedua-dua kakinya.
            “Kalau betul itu kekasih Irfan.Mintalah putus.Takkanlah Iman nak bermadu pula,” cadang Hani pada Iman.
            “Putus?Biarlah Irfan yang putuskan.Iman tak nak sebab Iman sayangkan Irfan,” bantah Iman bulat-bulat.
             “Kalau tak nak cubalah berbaik-baik.Maksud Hani tegurlah dia kan itu tak termasuk dalam syarat Iman,” kata Hani. Bernas juga pandangan Hani sebentar tadi. Ya,Iman harus memperbetulkan keadaan mungkin Irfan berbuat begitu sebab datangnya daripada kesalahan Iman sendiri. Dia yang akan memperbetulkan hubungan mereka semula mulai esok tapi tiga minggu ni tentu tak dapat berjumpa dengan Irfan sebab dia pula sibuk dengan projeknya.
             “Aku rasa aku nak couple dengan Ika lah,” luah Irfan pada Faris. Makin lama hatinya makin beralih arah pada Ika.Mulanya dia hanya mahu  gunakan Ika sebagai bahan untuk buat Iman berubah fikiran,menarik semula syarat-syaratnya tapi macam tiada kesan. Makin lama dia yang berubah hati pada Ika dan rasa sayang pada Iman mula pudar.
            “Ya Allah,apa kau mengarut ni Irfan. Habis si Iman nak letak mana?” Tanya Faris agak terkejut. Dalam hati rasa kesal juga member cadangan agar pura-pura rapat dengan Ika yang sememangnya ada hati pada Irfan. Faris menyandar badannya ke dinding, dia terasa bersalah pula berbuat begitu seolah-olah merosakkan hubungan mereka.
             “Biarlah dia. Aku macam malas nak teruskan lagi hubungan aku dengan dia.Dia sebenarnya macam tak suka saja aku ni.Buat tak tahu saja macam aku ni tunggul bila dia lalu sebelah aku tahu tak? Lebih baik aku pilih Ika, cuba sayangkan dia sebab hari-hari dia telefon aku,mesej aku,kejutkan aku bangun pagilah,” jawab Faris panjang lebar. Entahlah, Faris sudah nekad dengan keputusannya.Apa nak jadi biarlah.
              “La…bukan ke kau dengan dia kena ikut tiga syarat yang dah kau  orang setuju tu? Lagipun aku tak pernah nampak dia keluar,bercakap dengan mana-mana lelaki,” ujar Faris manalah tahu Irfan akan membatalkan niatnya untuk menjalinkan hubungan dengan Ika.
                  “Memanglah tapi takkan tegur dalam kampus ni tak boleh?Tak ada kan dalam syarat tu? Nampak sangat daripada awal dia nak tolak cinta aku tapi mungkin kot dia takut aku kecil hati sebab tu dia buat syarat tu,” bicara Irfan lagi dan Faris hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik cerita cinta mereka ni. Nasib baiklah Faris tak ada masalah dengan Zuraida kalau tak mahu juga dia jadi gila macam rakannya itu.              
                   “Habis bila kau nak putuskan hubungan kau dengan dia?” Faris bertanya lagi.
                   “Biar dia Tanya aku sendiri. Kalau dia datang tanya aku,aku akan putuskan hubungan kami depan orang.Biar dia malu.” Kata Irfan yang kini sudah hilang sabar. Iman harus diajar,dia ingat dia sahaja boleh lukakan hati orang,hei…Irfan pun boleh!
                   “Apa kau mengarut ni…”Faris menggeleng-gelengkan kepala makin bertambah-tambah kesal dalam benaknya.Dialah punca segala-galanya.Maafkan aku Iman….
                     “Bi…you dah makan?Semalam baby telefon kenapa bi tak angkat?” Rengek Ika pada Irfan sewaktu mereka mengulang kaji pelajaran bersama-sama di wakaf  berhampiran fakulti bahasa. Waktu itu Iman datang menghampiri mereka walau perasaan cemburu beraja di hati ditahan juga daripada membara kerana tahu segala-galanya berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.
                     “Hai Irfan…err..lama tak nampak Irfan,sihat?”  Tanya Iman mengharapkan Irfan gembira mendengar suaranya menyapa. Terkejut Irfan melihat kehadiran Iman dan akhirnya dapat mendengar suara Iman menyapanya namun pintu hatinya cuba ditutup buat Iman.Dalam hatinya tetap cuba mengatakan hanya Ika sekarang dalam hatinya bukan lagi Iman.
                    “Iman minggu lepas tak ada dekat kampus baru sekarang dapat jumpa Irfan,” kata Iman masih lagi mahu cuba memancing Irfan agar berbicara.Dia tahu Irfan berkecil hati dengannya. Irfan pula memandang ke tempat lain tidak bersuara sepatah pun manakala Ika sudah terasa bahang mungkin cemburu dengan kehadiran Iman.
                   “Irfan?Awak tak suka saya lagi?” Iman bertanya lagi walaupun hati sudah berkecai tidak dilayan Irfan. “Irfan,saya tanya ni…” Iman merintih terasa sebak dan malu diperlakukan begitu tapi dia tahu dia seperti penjenayah yang baru keluar dari penjara yang sudah tidak dipandang lagi oleh masyarakat.Rasa hina,jijik dan keji sahaja pada pandangan Irfan mungkin….
                   “Siapa yang tak suka siapa??” Tiba Irfan berpaling dan bersuara.”Aku yang terhegeh-hegeh meminta sedekah cinta daripada kau kan?Kau buat aku macam tunggul sedangkan aku anggap kau suri dalam hati aku.Kau buat tiga syarat,aku ikut! Tapi takkanlah sampai tegur pun tak boleh?Kau ingat kau siapa?Anak raja?Perempuan macam kau ni kan memang begini kot perangai,” herdik Irfan tanpa menghiraukan orang sekeliling.Iman sudah menangis tersedu-sedu kerana tidak menyangka sebegitu dimarah.
                   “Awak,saya buat macam tu ada sebabnya.Awak tahu tak saya takut saya akan kehilangan awak jika kita selalu sangat bersama.Saya takut jika suatu hari nanti awak bosan dengan saya.Saya fobia semua tu lepas saya putus dengan Zarif.Walau saya buat tak tahu tapi saya tetap cintakan awak malah bertambah sayang.Tak bererti kita tak berhubung cinta itu akan hilang..makin jauh makin mekar rindu saya pada awak,” luah Iman pada Irfan moga Irfan mengerti. Ika sudah buat aksi meluat macam nak muntah sedang mengandung dua bulan.Irfan buat-buat tak dengar.
                 “Agaknya sebab ini kot Zarif tinggalkan kau!”Irfan menunding jari tepat ke muka Iman tanpa sebarang rasa kasihan. “Untu itu cik Iman yang sudah ku tutup pintu hati aku ni untuk kau, di hadapan kekasih baru aku ni Ika, aku putuskan perhubungaan kita!” Ucap Irfan sebelum melangkah pergi meninggalkan Iman bersama-sama Ika.
                 Terduduk Iman tatkala mendengar pengakuan tersebut bagaikan mendengar sang suami menjatuhkan talak kepada isterinya. Dia menangis teresak-esak ketika itu,ada juga beberapa siswa yang datang bertanya kenapa padanya namun dia tidak mahu menjawab dan terus berlari dari tempat itu.
                Iman menangis sepuas-puas hatinya biar rasa sedih itu berlalu pergi.Iman tahu Iman tak patut terlebih sedih mengenangkan nasibnya Iman harus tabah menghadapinya.Lagipun apa yang dibuat selama ini betul sebab Iman rasa tidaklah terlalu terkilan kerana Iman tidak berkorban apa-apa pun pada Irfan. Biarlah..mungkin jodoh tidak ada dan mungkin itu bukti bahawa Irfan tidak mampu menanti kebahagian yang datang suatu hari nanti.  Biarlah dia bahagia dengan Ika..Iman membuka diarinya agar segala  rasa yang ada di hati tercurah dalam diari milik Iman yang sentiasa menjadi peneman setia suka dan duka.


Ku akui ku sangat sangat menginginkan mu

Namun kusadari ku diantara kalian
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Ku akui ku sangat sangat mengharapkan mu
Tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Lupakan aku kembali padanya
Aku bukan siapa siapa untukmu
Ku cintaimu tak berarti bahwa
ku harus milikimu slamanya

Ku akui ku sangat menginginkan mu
Tapi kusadari ku diantara kalian
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

                                         

 D’masiv:Diantara kalian

               Kini Iman berada hampir penghujung tahun akhir pengajiannya.Rasa tak sabar nak tamatkan Ijazah pertamanya seterusnya Iman mahu menyambung pengajiannya di luar negara,insyaallah. Segala yang berlalu telah lama berlalu.Iman dengan halnya sendiri manakal Irfan bahagia dan setiasa dua puluh empat jam berkepit dengan Ika tanpa rasa jemu.Makan sama,belajar sama,keluar bersama dan segala-galanya banyak dibuat bersama bagaikan belangkas persis.Biarlah senang Iman melihat mereka bahagia sekurang-kurangnya Iman tidak lagi rasa bersalah kerana Irfan tidak merana  kerananya.
              Iman pula masih lagi solo.Bukan tak ada yang mahu memancing hatinya tapi hatinya masih lagi buat Irfan.Entahlah kenapalah susah nak buang rasa cintanya pada Irfan mungkin sebab sudah tertanam rasa cinta ini sejak di bangku sekolah lagi. Emak Iman pula sudah bising kerana sampai sekarang masih tidak mempunyai teman hati,emak Iman takut kalau-kalau Iman nanti jadi anak dara tua macam anak Mak Leha kampong sebelah. Namun Iman buat-buat pekak sahaja. Biarlah dah bersedia nanti dibiar saja Emak Iman pilihkan. Apa yang penting sekarang ni Iman hanya mahu fokus pelajaran supaya nanti bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
             “Irfan..angkatlah telefon tu.Bingit telinga aku daripada tadi bising saja telefon kau tu,” tegur Faris pada Irfan yang buat tak tahu sahaja.
             “Ah,malaslah aku.Ika tu tak faham-faham bahasalah.kalau setakat nak telefon dua tiga minit tak mengapalah.Ini sampai dua tiga jam.Tahulah banyak duit boleh top up setiap masa tapi hormatlah masa aku nak ulang kaji.Tak reti ke dia sekarang ni nak exam,”bebel Irfan. Faris hanya tergelak mendengar bebelannya.
             “Apa pasal kau gelak?” Tanya Irfan tidak faham.Bukannya dia buat lawak pun.
             “Tu lah..dulu ada awek yang tak suka mesej,ganggu-ganggu kau,kau tak nak.Aku tengok sejak kau dengan Ika keputusan periksa kau makin rendah,” jawab Faris yang sememangnya ada kebenaran. Rasa seketul batu telah menghimpap kepala Irfan,bengang sahaj rasanya.
            “Kau perli aku ke?Kau jangan….” Ugut Irfan pada Faris. Faris mengangkat tangan tanda menyerah.
             Telefon bimbit Irfan berdering sekali lagi. Faris memandang Irfan memberi  isyarat agar Irfan mengangkatnya.
             “Yalah,yalah,” jawab Irfan sambil menekan butang jawab. “Helo..bi sibuklah..telefon lain kali boleh?” Kata Irfan kemudian lama Irfan senyap mendengar apa yang ingin dikatakan oleh buah hatinya.
             “Hum.Okey,bye,” kata Irfan sebelum menamatkan panggilannya.
             “Hai…kena bebel ke?” Perli Faris. Irfan buat-buat tak tahu diteruskan menelaah bukunya yang tergendala sebentar tadi namun lima minit kemudian dia terlena.
              “Bi! Kenapa semalam baby telefon tak nak angkat,baby mesej berpuluh-puluh kali bi langsung tak balas?Bi dah tak sayang baby lagi ke?” Tanya Ika pada keesokkan harinya.
              “Bi sibuklah sayang..tolonglah faham,” Jawab Irfan cuba membuatkan Ika faham keadaannya sekarang ni yang tengah serabut dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya.
               “Orang lain pun sibuk nak periksa.Baby pun nak periksa juga tapi boleh saja telefon bi,mesej bi,” jawab Ika tak puas hati.
               “Sebab tu baby selalu repeat paper,”jawab Irfan dengan suara yang perlahan tapi mampu buat hati Ika tersentap dan terkunci mulutnya. Irfan meninggalkan dirinya yang masih terkulat-kulat di situ. Malas nak melayan perempuan yang terlebih manja dan mengongkong itu. Tapi perempuan yang itu? Macam mana pula?
               “Iman!”Desis hatinya. Irfan melihat Iman yang sedang khusyuk mengulangkaji pelajarannya sambil makan burger di wakaf itu.Comel! Hatinya berbisik memuji. Dalam hati mahu sahaja ditegur tapi ego menguasai hati. Tapi persoalan yang sering bermain difikirannya daripada dahulu lagi ialah kenapa dia tidak pernah nampak Iman dengan lelaki lain?Berjalan bersama,makan bersama apatah lagi nak keluar bersama.Mungkinkah dia memang tidak berminat bercinta? Irfan terus sahaja berlalu dari situ.
              “Kau ni kenapa?Awek kau tu tunggu kat bawah tu,” Tegur Faris makin pelik melihat perangai Irfan dari semasa ke semasa. Seolah-olah mahu menjauhi kekasihnya.
             “Malaslah dua puluh empat jam keluar.Bosan!” Jawab Irfan tanpa memandang rakannya. Alamak! Tersalah cakap!Mesti kena bahan dengan Faris lepas ni.
             “Aha..ayat tu kan….” Belum sempat Faris menyambung kata-katanya Irfan menyampuk. “Tak payah kau nak cakap aku tahu dah,” kata Irfan pada Faris.
             “Kalau Iman dengar apa yang kau cakap tadi mesti dia gelak guling-guling depan kau tahu?” Kata Faris lagi.
            “Hei…Iman bukan macam tu okey!” Jawab Irfan dalam tak sedar dia membela Iman.
           “Eh..eh…tiba-tiba saja kau bela dia,” Faris tersengih-sengih.
          “Mana ada,” Irfan tidak mengaku.
          “Irfan,Irfan..sebenarnya aku tahulah hati kau tu.Kau paksa diri kau sayangkan Ika tu kan sedangkan hati kau masih sayang dekat Iman tu,” kata Faris macam ahli nujum lagaknya.
           “Banyaklah kau,” Irfan cuba menafikannya.
          “Tak betul ke? Tapi kan aku tengok dia tu tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki,borak-borak dengan mana-mana lelaki.Kagum aku tengok dia,” kata Faris membuatkan hati  Irfan berbaur cemburu.
           “Hei..kau tu dah dicop sirim!” Marah Irfan pada Faris. Faris ketawa kecil sebelum berkata.“Cemburu nampak!”
            “Tak ada makna!” Jawab Irfan begitu walhal lain dituturnya lain pula rasa hatinya.
           “Masih tak tamat lagi kalau kau nak betulkan keadaan,”  kata Faris lagi sebelum keluar dari bilik mereka. “Nanti aku cakap dekat Ika yang kau tidur okey?” Kata Faris lagi membuatkan Irfan rasa gembira kerana Faris sudi membantunya. Entahlah..makin lama makin bosan hatinya berjumpa Ika mungkin ada benarnya kata Iman dulu.Bila selalu berkepit,berjumpa mungkin akan rasa bosan.Lagipun lelaki mana yang tahan terlalu manja sangat sampai depan orang pun tak segan nak cium pipi.Hishh…orang ingat nanti aku tak reti nak jaga anak dara orang.
           Makin lama rindu makin berbunga pada Iman.Pada Ika biarlah dibuang ke dalam tong sampah kalau boleh.Makin mengada-ngada perangainya.Sejak Irfan berkerja makin macam-macam dimintanya.Ingat dia CEO???Kaya,banyak duit?”Uhhh! Apalah Iman buat sekarang lepas konvo hari tu? Hari ini niatnya mahu datang ke rumah Iman.Saja-saja mahu berborak mengetahui keadaan Iman sekarang. Lagipun masa konvokesyen hari itu Irfan ada senyum padanya nampaknya Iman bagi respons positif mungkin Iman dan Irfan sudah melupakan hal dahulu.
         “Assalamualaikum kak.Iman ada rumah?” Tanya Irfan kepada wanita yang sedang sarat mengandung mungkin kakak Iman agaknya.
         “Iman tak ada.Satu keluarga tak ada,hantar Iman ke KLIA.Dia dapat sambung belajar dekat Australia,akak saja yang tinggal dengan suami akak sebab yalah orang tunggu hari,” ujar kakak Iman memberitahu hal yang sebenar.Irfan mengangguk tanda faham dan dia mahu cepat ke KLIA lantas meminta izin untuk pergi.
         “Tumpang tanya,kamu nak ke mana ya?” Tanya Kakak Iman tiba-tiba.
         “Ke KLIA mahu berjumpa Iman kalau sempat,” jawab Irfan.
         “Hah,baguslah kalau macam tu.Sebenarnya akak nak minta tolong.Tolong bagi pada Iman diarinya ni.Dia kalau tak ada diari alamak menangislah dekat sana nanti,” pinta Kakak Iman. Irfan lantas menyambut diari tersebut dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta mahu berjumpa dengan Iman sebelum terlambat. Namun gerak hatinya mahu membuka diari tersebut..Satu per satu diselak..

  • “Dia suka dekat akulah! Sukanya!Sukanya! =P”
                                         _I love u Irfan!_
  • “Hee…hari ini aku nampak Irfan makan comotlah..tapi tetap hensem!”

  • “Seminggu tak jumpa tiba-tiba dia muncul dekat kafe!Gembiranya tapi mesti dia sedih aku buat tak layan..maaf Irfan… =’( “

  • “ …………………………….kini aku rasa serba salah sebab buat dia macam tu..kasihan dia,mesti dia kecil  hati dengan sikap aku kan?Minggu depan aku tak ada mesti rindu sangat tak dapat jumpa dia.Aku  harap bila aku jumpa dia nanti dia sudi berborak dengan aku.. =) “

  • “………………aku anggap ini ketentuan dari tuhan..namun aku nak dia tahu cintaku tetap ada selama-lamanya.Aku buat begitu kerana tak mahu dia bosan,jemu dengan cintaku tapi tak mengapalah kalau dia salah faham.Aku doakan dia bahagia.

  • “Tahniah Irfan!Kita konvo juga kan?”

  • ……………kan bagus kalau dapat berjumpa dengan Irfan sebelum aku pergi..”


        “Semuanya menceritakan tentang aku!Selama ini aku yang salah.Iman terlalu-lalu mencintai aku.Benar,benar apa yang dikatakan selama ini oleh Iman.Lihatlah kini,aku bosan dengan Ika tapi mungkin kerana aku tidak mencintai dia,” Irfan bermonolog.Rasa kesal bertindak memutuskan hubungan mereka melulu merantai jiwa. Lantas telefon bimbit dicapai.

               “Kita putuskan hubungan kita,Ika.Maafkan saya.”

       Segera Irfan menekan butang hantar kepada nombor telefon Ika.Biarlah Ika nak kata apa.Apa yang selama ini salah perlu diperbetulkan. Dia mahu mengubati semula luka di hati Iman dan dia tahu Iman masih menyayangi dirinya lagi.
      Setengah jam perjalanan Irfan mendengus perlahan lalu stereng kereta dipukulnya kerana keadaan jalan jadi sesak akibat berlakunya kemalangan di hadapan sehingga Irfan terperangkap di situ hampir satu jam di situ.
     Sampai di KLIA, Irfan bertemu dengan keluarga Iman. Sedih hatinya kerana tidak dapat berjumpa Iman buat kali yang terakhir. Penerbangan Iman ke Australia sudah pun berlepas setengah jam yang lau. Bagaimanalah kini dia dapat bernafas tanpa Iman di sisi.
     Hari ini Iman berasa sungguh gembira hajatnya untuk mendapatkan ijazah sarjana  tercapai sudah.Sudah puas merantau di negara  orang kini Iman mahu berkhidmat, mencurah segala yang dipelajarinya di negara sendiri. Sampainya Iman di rumah Iman harus pula memikirkan soal rumah tangganya pula.Emak kata emak dah jumpa calon yang sesuai.Biarlah siapa pun asal baik.Iman yakin pilihan keluarga adalah pilihan yang terbaik.Restu keluarga penting daripada segala-galanya. Lagipun cinta boleh dipupuk walaupun dalam hati masih …………………………………Irfan??????
 

”Rasa macam tak percaya lagi pagi ni! Sebab Irfan calon yang emak Iman pilih. Puas sudah emak Iman cerita semalam macam mana gelagat Irfan merayu berhari-hari suruh emak Iman pilih dia sebagai calon suami Iman. Kelakar rasanya sampai merayu-rayu.Menangis pula tu!Merah padam muka Irfan mendengar emak mentuanya bercerita. Malam tu dalam bilik Irfan meminta maaf dan segala-galanya diterangkan sejelas mungkin oleh Irfan. Tapi kan…………paling Iman geram sebab rupa-rupanya Irfan yang simpan diari Iman.Ee….jahat! Apa-apa pun terima kasih diari!Sebab diari inilah menyatukan kami semula…malam tadi kan..ishh..suami aku ni kacau dah..

     “Sayang..cukuplah tu tulis diari. Takkan dah kahwin pun nak cerita pasal abang,” sapa Irfan yang baru sahaja bangun daripada tidurnya.
      “Perasan!” Iman mencubit pipi suaminya lembut.Irfan hanya ketawa.
      “Sayang,hari ini kita pergi dating..tengok wayang ke,makan sama-sama ke.Dulu-dulu tak pernah pun,” rengek Irfan macam budak-budak.
       “Mesti seronokkan sebab dulu-dulu tak pernah pun kan,kan?” Usik Iman padanya.
       “Sayang perli abang..wuaaaa,,jahat!” Jawab Irfan pura-pura merajuk.
       “Mana ada.Abang,abang…kontrak perjajian dah lama tamat lepas ni abang kena selalu mesej,kol sayang tau.Kena dating hari-hari tau!” Kata Iman manja.
       “Dah boleh ea?Bestlah macam tu.Sayang tengah mandi dalam bilik air pun abang  kol tau nanti!” Usik Irfan pula.
        “Eeee..gatal!” Pantas Iman mencubit bahu Irfan.
        “Adoiii….sakitlah!” Irfan menjerit kecil pura-pura kesakitan lantas dirnagkul erat Iman dan juga kini dia mendakap sebuah bahagia yang akan kekal selama-lamanya… =)
        
           

Kita geng!!